Sunday 21 July 2024

KELANTAN SASAR BANDAR RENDAH KARBON

 
Kelantan terus mengorak langkah kehadapan menuju bandar rendah karbon. Melalui penandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. (KUM) dan Japan Orchid Inc. (J.Orchid), telah meletakkan satu kerjasama bagi membangunkan Projek Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Berintegrasi dan Fasiliti Karbonisasi Tanah Merah.

Menurut Datuk Dr Izani Husin, EXCO Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Pengurusan Sisa Pepejal Mubaarakan Sdn. Bhd. (PSPM), KUM dan J.Orchid telah mula berinteraksi semenjak 2023 lagi apabila pihak J.Orchid telah membentangkan kertas cadangan projek ini semasa mesyuarat bersama KUM dan anak syarikatnya, PSPM pada 1 Mac 2023.

PSPM merupakan syarikat yang bertanggungjawab terhadap pengurusan tapak sisa pepejal yang sedia ada dan baharu di Kelantan yang mana telah bermula semenjak bulan Mei 2018.

Majlis menandatangani MoU ini ditandatangani oleh Hilmi Abdullah mewakili Kerajaan Negeri dan Hayakawa Yoriaki dan Wachi Kazunori, masing-masing ialah Pengarah dan Pengurus Syarikat Japan Orchid Inc. serta disaksikan oleh Timbalan Menteri Besar, Dattuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

No comments:

Post a Comment