Wednesday 7 August 2024

AMALAN TIDAK BERSUMBERKAN HADIS

Sikap menolak dan mengancam sesuatu amalan yang dilakukan dalam majoriti masyarakat hanya kerana tidak bersumberkan daripada hadis sahih perlu dihindari. Ini kerana bimbang sikap seperti ini dapat menimbulkan kekeliruan dan memecah belahkan masyarakat yang harmoni.
 
Justeru, perlu diingat bahawa sesuatu amalan walaupun terkadang tidak mempunyai sandaran daripada hadis Nabi SAW atau tidak mempunyai nas yang jelas selagi mana amalan tersebut tidak bercanggah dengan syarak, maka di sinilah terpakainya kaedah fiqh:
 
Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).
 
Sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn ʻAbd al-Barr dalam al-Istizkar bahawa dia mendengar gurunya Abu Umar Ahmad bin Abdullah berkata:
 
“Bahawa guru kami Abu Ibrahim Ishaq bin Ibrahim, dia mengangkat kedua tangannya setiap kali turun dan bangun (takbir intiqal dalam solat) berdasarkan hadis Ibn Umar dalam al-Muwatta’. Dia merupakan orang yang paling utama, paling faqih dan sahih amalannya yang pernah aku temui.
 
“Lalu aku bertanya kepada Abu Umar: Kenapa engkau tidak mengangkat supaya aku dapat mengikuti cara engkau. Lalu Abu Umar berkata aku tidak mahu menyelisihi riwayat Ibn al-Qasim kerana majoriti dalam kalangan kita pada hari ini berpegang dengannya (riwayat Ibn al-Qasim).”
 
Menyelisihi majoriti dalam perkara yang diharuskan kepada kita bukanlah kebiasaan/sikap orang-orang alim
 
Berdasarkan kisah yang disebutkan Ibn ʻAbd al-Barr di atas, dapat difahami bahawa para imam terdahulu apabila mereka mendapati sesuatu amalan yang telah lama diamalkan dalam masyarakat dan amalan tersebut tidak bercanggah dengan syarak maka mereka akan membiarkan masyarakat terus mengamalkannya.
 
Walaupun terkadang mereka mempunyai amalan lain yang mempunyai sandaran dalil yang lebih kuat, tetapi mereka tidak mudah menolak serta mengancam sesuatu amalan yang telah lama dilakukan dalam kalangan masyarakat.
 
Inilah contoh teladan yang perlu diikuti masyarakat Islam pada hari ini. Nescaya nilai perbezaan sesama masyarakat Islam dapat diharmonikan sebaiknya.
 
Sumber - https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/5705-irsyad-al-fatwa-siri-ke-790-penjelasan-berkenaan-tradisi-memasak-bubur-asyura-dalam-kalangan-masyarakat-islam-nusantara

No comments:

Post a Comment