Tuesday 20 August 2024

KEPERLUAN KHIDMAT ATM DI NENGGIRI DIPENUHI

 
Mesin juruwang automatik (ATM) merupakan sejenis peranti telekomunikasi berkomputer yang menyediakan capaian transaksi kewangan kepada pelanggan institusi kewangan di kawasan tumpuan awam tanpa memerlukan juruwang manusia atau kerani bank.

Di kawasan bandar, keberada ATM memang dapat dilihat di mana-mana. Bukan sahaja di bangunan bank, bahkan di kedai serbaneka, pusat beli-belah, stesen minyak dan sebagainya.

Namun, bagi penduduk di pedalaman, kemudahan ATM agak terhad. Untuk mengeluarkan wang, mereka terpaksa pergi ke bandar yang terletak puluhan kilometer. Ia tentunya mengambil masa yang lama dan kos minyak pengangkutan.

Justeru, kewujudan ATM yang disediakan di kawasan pedalaman pastinya mengembirakan penduduk. Jangan pandang mudah atau sinis jika ada yang berusaha untuk mewujudkan kemudahan ATM di sesuatu tempat. Manfaatnya amat besar.

Semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nenggiri (DUN) satu isu berbangkit ialah keperluan ATM. Setelah dibangkitkan penduduk, Barisan Nasional (BN) berusaha untuk memenuhi permintaan tersebut.

Hasilnya, mereka mendapat kemudahan tersebut yang ditempatkan di SMS Solution, Jerek dan di Bertam. Perkhidmatan ATM di Jerek disedikan Agrobank dan di Bertam oleh RHB Bank. Satu lagi tempat yang mendapat kemudahan ATM ialah di stesen Minyak Shell berhampiran R&R Rantau Manis yang disediakan oleh Maybank. 


No comments:

Post a Comment