Jambu air atau dalam dialek Kelantan disebut
jambu nawar cukup terkenal. Jambu nawar memang banyak jenis, sama juga dengan
banyaknya jenis atau varieti jambu batu. Salah satu varieti jambu
nawar yang ada ialah jenis kecil berwarna merah. Ada yang memanggilnya jambu
air kancing atau jambu nawar kancing. Ada juga menggelarnya jambu nawar kecil
kerana saiznya lebih kecil berbanding yang lain.
Nama kacing digunakan mungkin kerana bentuknya berupa seperti kancing baju perempuan. Buah yang dihasilkan berupa beri dengan pangkal kecil dan hujung sangat melebar hampir mirip kancing.
Buah ini apabila digigit terasa segah rangup dengan tekstur mirip tembikai; isinya putih dan ranum berair dengan rasa masam manis. Memang sedap dimakan terus atau dicicih dangan perisa seperti cuka, kicap dan sebagainya.
Pokok nawar kancing memang lebat berbuah. Ia berbuah hampir sepanjang tahun, tetapi yang betul-betul lebat hanya dua kali setahun.
Bunga-bunga
jambu menjambak di hujung ranting (terminal) atau muncul di ketiak daun yang
telah gugur (aksial), setiap jambak mempunyai 3-7 kuntum bunga kuning
keputihan.
Tempoh
matang buah agak singkat, hanya kira-kira 10 hari dari hari keluar bunga. Kalau
tidak segera dikutip, buahnya akan gugur, lebih-lebih lagi jika hari hujan.
Ketika hendak memetik juga perlu berhati-hati kerana buahnya mudah gugur hanya
disebabkan goyangan pada dahan atau ranting.
Pokok jambu nawar jenis malar hijau dengan
ketinggian dua hingga 10 meter. Untuk memudahkan proses memunggut buah, elok ia
sentiasa dipangkas agar tidak terus meninggi.
Nama kacing digunakan mungkin kerana bentuknya berupa seperti kancing baju perempuan. Buah yang dihasilkan berupa beri dengan pangkal kecil dan hujung sangat melebar hampir mirip kancing.
Buah ini apabila digigit terasa segah rangup dengan tekstur mirip tembikai; isinya putih dan ranum berair dengan rasa masam manis. Memang sedap dimakan terus atau dicicih dangan perisa seperti cuka, kicap dan sebagainya.
Pokok nawar kancing memang lebat berbuah. Ia berbuah hampir sepanjang tahun, tetapi yang betul-betul lebat hanya dua kali setahun.

No comments:
Post a Comment