Monday 2 September 2024

SENI LANDSKAP EDIBLE

 
Landskap edible adalah satu pendekatan reka bentuk taman yang menggabungkan penggunaan tanaman makanan dan tanaman hiasan. la juga dikenali sebagai laman dapur, taman tumbuhan makanan dan taman komuniti.
 
Maksud “edible” ialah boleh dimakan,.Jadi, landskap edible adalah taman yang ada tanaman yang boleh dimakan, selain pokok hiasan yang bertujuan untuk kecantikan.
 
Jika semua jenis tanaman di sesuatu kawasan itu boleh dimakan, maka ia dipanggil kebun, tidak lagi landskap edible.
 
Reka bentuk landskap edible adalah lebih menonjolkan elemen-lemen landskap lembut tanaman makanan sebagai alternatif kepada elemen tanaman hiasan sedia ada.
.
Reka bentuk taman edible menyumbang nilai estetik dengan mewujudkan persekitaran ataupun ruang luar dan dalam yang selesa, menarik dan berfungsi sebagai sumber bahan makanan segar, masakan (rempah ratus/masakan), kosmetik, perubatan dan wangi-wangian melalui penggunaan bahagian-bahagian tertentu pada tumbuhan edible.
.
Laman poket edible merupakan satu teknik dalam menghasilkan laman yang produktif serta mesra alam sekitar, di ruangan yang kecil dan terhad terutama di kawasan bandar. Kombinasi tanaman yang menghasilkan bungaan yang estetik, tanaman herba kulinari dan pelbagai jenis sayur-sayuran, mampu memberi suasana harmoni dan kondusif.

.


No comments:

Post a Comment