Seramai 22 Gabenor Borneo Utara dilantik
sebelum Sabah bersama dalam pembentukan Malaysia bermula pada tahun 1881 dan
berakhir pada tahun 1963. Sebanyak 18 kali pelantikan dibuat oleh Syarikat
Berpiagam Borneo Utara dan empat pelantikan ditabalkan oleh Mahkota British
Borneo Utara.
Pada mulanya Gabenor telah dilantik oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, yang bertanggungjawab untuk pentadbiran “protectorat” sebelum akhirnya disambung terus di bawah jajahan Mahkota pada tahun 1946.
Protectorat ini maksudnya adalah “naungan” Dalam undang-undang antarabangsa moden, ialah adalah bermakaud satu wilayah autonomi yang dilindungi secara diplomatik ataupun ketenteraan daripada serangan pihak ketiga oleh satu negara atau entiti yang lebih kuat.
Maksudnya dengan adanya Gabenor, ia adalah lambang kedaulatan tempat itu terjaga dan dilindungi secara diplomatik dan ketenteraan daripada ancaman asing.
Kontek dahulu maksudnya terpacaknya Gabenor di Sabah bermula tahun 1881 maka Syarikat Berpiagam Borneo Utara bertanggungjawab sebagai perlindungan kepada Borneo Utara (Sabah) sebelum tanggungjawab ini diambil terus oleh British apabila pada tahun 1946 perlantikan Gabenor di bawah naunga Mahkota British ketika itu.
Akhirnya setelah Borneo Utara dilepaskan dari jajahan British maka bermula tahun 1963 geralaran Gabenor di Sabah ditukar kepada Tuan Yang Terutama Negara sehingga pada tahun 1973 dinamakan semula dengan gelaran Tuan Yang Terutama Negeri.
Di Sarawak selepas 1963 gelaran digunapakai Tuan Yang Terutama Negeri dan tidak pernah bertukar sehinggalah sekarang.
Tuan Yang Terutama Negeri (TYT) ini adalah institusi yang menjadi lambang kepada dunia bahawa Sabah ini negeri merdeka dan dinaungi serta dilindungi Persekutuan Malaysia dari segi diplomatik serta ketenteraan juga keselamatannya.
Melangkah jauh selepas itu institusi TYT ini juga sebagai simbol perpaduan dan penyatuan rakyat Sabah berbilang kaum serta perlindung kepada hak-hak Anak Negeri Sabah serta Bumiputera Sabah.
Sebab itu segala perubahan dibuat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah perlu diperkenankan TYT Negeri Sabah, dan yang sangat jelas perananya adalah mengistiharkan pembubaran DUN serta pelantikan jawatan Ketua Menteri Sabah serta berberapa jawatan lainnya mengikut Perlembangan Negara serta Undang Undang Tubuh Negeri Sabah.
No comments:
Post a Comment