Monday 2 July 2018

Kenapa orang berjaya itu berjaya

Semua orang ingin berjaya. Cara mencapai kejayaan berbeza-beza mengikut bidang dan matlamat. Dalam perniagaan pemasaran berbilang tingkat (MLM) memerlukan perancangan dan tindakan yang sesuai.  

Tulisan ini membincangkan atau menunjukkan Kenapa Orang Berjaya Itu Berjaya.

- Sikap dia berbeza. Orang berjaya dia tak suka komplen. Tak macam orang gagal. Semua nak komplen. "Apa la tak ada parking", "Apa la tak ada makan?" "Apa la pen kertas pun tak bagi" dan banyak lagi. Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia berbeza. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbeza. Dia suka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia tidak cari kerja.

- Mereka ini pantas. Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Dia nak, dia nak. Tak pikir pun macamana nak jadi. Nak berniaga buat je dulu. Ada orang pikir langit dan bumi, tapi orang berjaya buat je dulu, dia tau Allah akan uruskan seterusnya.

- Sanggup melabur. Mereka sanggup invest untuk kejayaan mereka. Invest wang, tenaga dan masa.

- Bina hubungan yang baik. Mereka bina networking yang bagus. Maksud networking: Anda adalah siapa kawan anda. Siapa nak hidup berubah? Upgrade kawan.

- Ingin berjaya. Mereka sudah buat keputusan dari awal yang mereka ingin berjaya. Tak percaya? Pergi tanya mereka yang berjaya.

- Pilih kawan betul. Mereka berkawan dengan orang yang betul. Kawan yang sama-sama mempunyai sikap positif untuk berjaya. Mereka saling mempengaruhi untuk melakukan kebaikan.

- Tidak bertangguh. Fast action fast result. Kepantasan pemilik bisnes mempengaruhi keputusan bisnes dia. Bisnes berkenaan kepantasan. Kalau sikap pemilik lembap, agak barang yang pesan bila nak siap?

- Tidak menghiraukan kutukan. Ada setengah orang berniaga, bisnes bagus. Tapi sibuk melayan apa orang cakap. Tak ada ilmu, sibuk layan kutukan orang. Akhirnya mereka hilang keyakinan. Usaha yang baik tidak akan membawa kepada kejayaan jika fikirkan apa orang kata.

- Fokus. Fokus 1 produk pada 1 masa. Itu pun dah boleh jadikan anda jutawan. Fokus 1 masalah pada 1 masa. Di mana ada masalah, di situ ada peluang. Di mana ada peluang, di situ ada wang. Di mana ada wang, di situ ada kekayaan.

- Konsisten dan istiqamah. Istiqamah melakukan apa yang ingin dicapai. Tidak hirau halangan. Semakin banyak halangan, selagi kuat mereka berusaha. Pengalaman menghadapi halangan membuatkan mereka lebih berjaya.

Saturday 30 June 2018

Kebaikan dan kelebihan menyertai perniagaan MLM

Penolakan atau ditolak dalam urusan pemasaran berbilang tingkat (multi level marketing - MLM) perkara paling ditakuti ahli terlibat dalam MLM. Malah, faktor itu menjadi dinding seseorang menyertai MLM. Mereka menolak menyertai MLM kerana takut nanti ditolok.

Penolakan perlu diatasi dengan penarikan. Mengapa ditolak, maka perlu diusahakan sesuatu yang menarik. Mereka menolak kerana tidak tahu sebenarnya apa yang menarik mengenai MLM. Maka untuk mengatasi penolakan haruslah dibuka jaringan rasa takut dan bimbang mengenai MLM.

Ahli dalam MLM perlu yakin kepada kebaikan dan kelebihan MLM atau syarikat yang disertai. Fahami dan yakin kepada potensi yang bakal dinikmati dengan menyertai MLM.

Perniagaan MLM amat menarik dan hebat berbanding perniagaan konvensioal. MLM adalah jaringan atau rangkaian ahli bersama-sama membina satu kelompok yang dipimpin oleh upline. Semua ahli menjadi upline dan pada masa menjadi downline.

Beberapa kelebihan MLM:

Membangun jaringan perniagaan bersama-sama. Anda dan kumpulan dapat sama-sama belajar dan membangun bersama serta menikmati penghasilan dari perniagaan MLM.  Adanya pengarahan dan bimbingan dari kejayaan upline. Kejayaan juga diraih dari kedudukan syarikat yang teguh dan ternama.

Potensi penghasilan besar. Jika seseorang tekun dan mengurus jaringan dengan serius, maka peluang mendapat penghasilan besar amat cerah. Bermula dari bawah dan meningkat pada tingkat tertinggi.

Perniagaan bermula kecil. Untuk bermula dalam MLM memerlukan modal permulaan kecil. Terdapat syarikat yang menetapkan bayaran sekadar RM50 untuk menjadi ahli. Anda sudah boleh bermula dan menyimpan impian kejayaan.

Resiko kecil. Kalau modal kecil, masa resiko rugi juga kecil. Contohnya, jika menyertai dengan modal RM50 dan kemudian mengambil keputusan tidak meneruskan, maka ruginya hanya RM50. Sedangkan peluang untuk berjaya amat besar jika betul-betul berusaha.

Perbelajaan murah. Untuk meneruskan perniagaan, tidak perlu modal besar. Segala sistem telah disediakan oleh syarikat. Tidak perlu fikir atau urus satu sistem bagaimana hendak berjaya. Apa yang penting ialah ikut sahaja yang yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Tidak perlu menyimpan stok. Ahli tidak perlu membeli atau menyimpan stok yang banyak. Cukup sekadar untuk memenuhi permintaan semasa bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada. Malah, dalam banyak keadaan tidak perlu menyimpan stok langsung. Hanya pergi ke stokis atau tempahan melalui online apabila ada pelanggan telah ada dan setengahnya ada yang telah membayar barang yang ingin dibeli itu.

Kelebihan ini sepatutnya menjadi daya penarik untuk menyertai MLM. Peluang mencipta kejayaan terbuka luas kepada mereka yang tidak banyak memberi alasan, tetapi lebih banyak merebut peluang yang terhidang.

Wednesday 27 June 2018

Unsur dilarang dalam MLM

Perniagaan berbilang tingkat (multi-level marketing - MLM) atau lebih dikenali jualan langsung mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia. Terdapat peraturan atau syarat perlu dipatuhi bagi memastikan perniagaan itu halal dijalankan atau disertai oleh orang Islam.

Antara unsur yang dilarang dalam MLM ialah:

(1) Mengandungi Unsur Skim Piramid

(a) Skim piramid atau skim cepat kaya adalah tidak mematuhi prinsip-prinsip Syariah kerana berteraskan unsur perjudian atau pertaruhan (qimar) melalui permainan wang (money game) iaitu downline yang baharu ditaja oleh upline akan kehilangan wang penyertaan jika tidak berusaha mencari downline yang lain.

(b) Kontrak bertulis antara syarikat dan peserta tidak disediakan.

(c) Pelan memfokuskan kepada pencarian atau perekrutan ahli baharu (downline) semata-mata atau terutamanya dan bukan dengan tujuan menjalankan perniagaan melalui aktiviti pergerakan produk kepada pengguna-pengguna akhir secara sewajarnya.

(d) Pendapatan peserta dan syarikat dalam skim piramid atau skim cepat kaya dijana daripada yuran penyertaan ahli baharu semata-mata atau terutamanya dan bukan hasil daripada penjualan barang atau perkhidmatan.

(e) Pembelian wajib barang atau perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan dikenakan sebagai syarat untuk melayakkan seseorang mendapat bonus atau faedah ekonomi lain dalam skim terhadap pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan ahli di bawahnya.

(f) Peserta tidak diberi pilihan dan dikehendaki melakukan "inventory front-loading” iaitu membeli barang atau perkhidmatan dalam amaun yang tidak munasabah yang melebihi jangkaan boleh dijual atau digunakan dalam suatu tempoh masa yang munasabah.

(g) Pembelian pangkat atau pembelian lebih daripada satu keahlian merupakan pendekatan yang mengandungi elemen skim piramid dan dengan itu adalah bertentangan dengan hukum syarak.

(h) Syarikat yang menetapkan struktur pembayaran bonus mengikut susunan hierarki yang ketat tanpa membenarkan peserta melangkau upline dengan tidak mengambil kira keupayaan dan usaha sebenar peserta adalah mengandungi elemen skim piramid yang bertentangan dengan hukum syarak.

(i) Polisi bayar balik (refund) atau polisi beli balik (buy back) tidak disediakan

(j) Tidak membenarkan peserta menarik diri daripada menyertai pelan.

(2) Mengandungi Unsur Penipuan, Penindasan, Manipulasi dan Eksploitasi Dalam Pelan Pemasaran dan Pelan Pemberian Insentif

(a) Syarikat hendaklah memastikan bahawa pelan pemasaran dan pelan pemberian insentif adalah telus dan adil serta bebas daripada sebarang bentuk penipuan, penindasan, manipulasi dan eksploitasi yang boleh memperdaya ahli atau pengguna.

(b) Sebarang unsur penipuan, penindasan, manipulasi dan eksploitasi oleh ahli atau pengedar dalam usaha mencari ahli baharu semata-mata atau terutamanya untuk meningkatkan sasaran pencapaian kumpulan adalah ditegah oleh hukum syarak.

"Manipulasi" ertinya segala tindakan dan selok-belok untuk memperdaya orang atau mempengaruhi pendirian orang lain tanpa disedari orang itu.

"Eksploitasi" ertinya perbuatan (tindakan) mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan dan secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.

(3) Mengandungi Unsur Paksaan

(a) Usaha yang bertujuan untuk mencari ahli baharu hendaklah dibuat menerusi pendekatan dan kaedah yang telus dan berhikmah tanpa unsur paksaan yang boleh mengganggu atau mendatangkan kegelisahan dan kegusaran kepada individu yang didekati.

(b) Selepas setiap sesi penerangan tentang profil syarikat, produk, pelan pemasaran dan pelan pemberian insentif, individu yang didekati mestilah diberi ruang dan masa untuk berfikir bagi membuat pertimbangan sama ada ingin menjadi peserta atau menolak pelawaan tersebut.

(c) Peserta hendaklah diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian dan tidak didesak untuk membeli pakej barangan tertentu untuk memenuhi kehendak jualan bagi melayakkan mereka mendapat kedudukan atau bonus dalam skim sedangkan mereka berkemungkinan tidak memerlukan beberapa barang dalam pakej tersebut atau memerlukan barang-barang yang ditawarkan dalam pakej tersebut tetapi tidak pada jumlah yang begitu banyak seperti yang ditetapkan.

(4) Mengandungi Unsur Pembaziran

(a) Pembelian dalam kuantiti yang banyak tanpa justifikasi yang wajar semata-mata untuk mendapatkan bonus yang ditawarkan tanpa mempunyai strategi pemasaran yang sewajarnya.

(b) Pembelian produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah berlandaskan kepada keperluan kepenggunaan sebenar dan/atau keupayaan untuk menjual produk tersebut.

(5) Menjanjikan Keuntungan Tetap Tanpa Usaha

Mana-mana syarikat jualan langsung yang menjanjikan keuntungan tetap kepada peserta melalui pemberian komisen/bonus tanpa sebarang usaha yang jelas meliputi aktiviti promosi dan penjualan barang atau perkhidmatan adalah bertentangan dengan hukum syarak kerana mengandungi unsur riba.

(6) Mengandungi Unsur Syubhah

Dalam konteks perniagaan jualan langsung yang berteraskan multi-level marketing, syarikat hendaklah memastikan bahawa pelan pemasarannya adalah bebas daripada perkara yang tidak jelas atau syubhah dalam setiap aspek perniagaan tersebut meliputi pelan pemasaran, pemberian insentif, barang dan perkhidmatan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi prinsip-prinsip syariah yang telah digariskan oleh Islam.

Monday 28 May 2018

Kebaikan vitamin C tanpa suntikan

Kebaikan vitamin C dalam dunia kecantikan tidak boleh disangkal lagi. Ia umpama 'emas' yang menjadi rebutan wanita yang mementingkan kecantikan. Ada wanita sanggup berbelanja besar mendapat kebaikan dan manfaat vitamin C dengan cara suntikan.

Banyak wanita yang telah mencubanya dan mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Tetapi ada yang menerima kesan sampingan sebaliknya selepas suntikan itu dilakukan.

Antara kesan ialah jika tersalah suntik boleh menyebabkan ptosis di mana muka menjadi tidak kenyal dan jatuh akibat kesan lumpuh yang teruk dan boleh menyebabkan alergi.

Sebelum mengambil suntikan, perlu mendapat nasihat doktor dan membuat pemeriksaan serta penelitian adakah kita benar-benar memerlukan suntikan vitamin C kerana pengambilan dos yang tinggi tanpa kawalan akan menyebabkan kesan sampingan yang mungkin akan membahayakan.

Ini kerana suntikan akan masuk ke dalam salur darah dan memberi kesan kepada organ dalaman.

Untuk mendapat manfaat dan kebaikan witamin C tidak semestinya melalui cara suntikan. Pengambilan vitamin C dan jenis vitamin lain serta mineral berkaitan kesihatan kulit patut diamalkan. Utamakan gaya hidup sihat dan kawal emosi dapat memberi kebaikan untuk kecantikan dalaman dan luaran.

Selain itu, penggunaan produk kecantikan yang diperkayakan dengan vitamin C semula jadi mampu mengelak kesan buruk cara suntikan dan jimat belanja.

Kini, terdapat pilihan di mana pengguna hanya perlu mengoleskan sahaja serum vitamin C ke muka dan dapat dilihat hasilnya dengan ketara.

Penggunaan bahan-bahan semula jadi seperti buah-buahan yang kaya dengan vitamin C boleh memberi kesan yang sama dengan suntikan vitamin C.

Cara penggunaannya cukup mudah. Hanya oleskan di sekitar muka dan urut supaya bahan itu meresap ke dalam kulit. Ia agak selamat berbanding dengan suntikan di mana tidak boleh diambil sebarangan atau dengan orang yang bukan pakar.

Ia mencerahkan dengan segera tona kulit yang gelap dan kusam dan sekali gus menghilangkan tompok-tompok hitam. Struktur kulit juga halus dimana pori-pori kulit mengecil serta menggalakkan pembentukan sel-sel kolagen dan menganjalkan kulit.

Di samping itu, memberi kelembapan yang berpanjangan pada kulit serta istimewanya menegang, mengecilkan kulit wajah yang kendur dan menggelebar.

Sehubungan itu, tidak lagi akan rasa kesakitan akibat suntikan, tetapi hanya sapukan sahaja vitamin C yang dapat membantu membaikpulih dan memberi kesegaran yang maksimum pada kulit.

Dapatkan produk kecantikan diperkayakan vitamin C di pasaran tanpa perlu mengambil suntikan vitamin C untuk kesan kebaikan yang sama. Lebih selamat, mudah dan murah. 

Tuesday 30 January 2018

Secretleaf berasaskan sumber semula jadi

Secretleaf International ialah pengilang produk kecantikan di Malaysia sejak 2009 dengan konsep berasaskan sumber natural, selamat, berkesan, halal dan mampu milik.

Ianya diformulasi untuk kulit dan cuaca Malaysia. Produk dihasilkan dan dikilangkan di kilang Secretleaf sendiri.

Diasaskan oleh Amir Ramadzan Ibrahim. Lelaki? Ya, pengasas Secretleaf adalah lelaki dengan ijazah Sarjana Muda Syariah. Lelaki hebat yang memahami produk untuk kecantikan yang diperlukan oleh kebanyakan wanita dan lelaki juga.

Jenama Secretleaf kekal sebagai jenama tempatan yang kini boleh juga didapati di lebih 300 farmasi seluruh negara.

Dengan lebih 30 jenis produk yang berbeza, Secretleaf menawarkan kepada pengguna, rutin kecantikan dan kesihatan yang menjadi pilihan mereka yang mementingkan keberkesanan, keselamatan dan dari sumber yang jelas halal.

Monday 22 January 2018

Terlebih berani hadapi kegagalan untuk cipta kejayaan

Hidup ini perlu berani. Terlebih berani, sedia untuk gagal. Selalunya, ketika bersedia risiko gagal, kejayaan akan datang.

Cabaran awal dalam penawaran adalah risiko penolakan. Tidak semua yang terus bersetuju dengan cadangan kemukakan.

Namun, untuk berjaya, pastikan terus melangkah walau seberapa banyak penolakan yang diterima atau dihadapi. Terus berusaha tanpa berasa lelah dan kecewa dengan penolakan. Istilah akan gagal lagi dan lagi tidak sepatutnya wujud di dalam diri mereka yang ingin berjaya. 

Bagaimana tahu gagal jika belum pernah bermula? Sebagai seorang hamba Allah jua sebagai seorang Islam, apa yang bakal dicapai dalam kehidupan ini tergantung kepada ketentuan Qada dan Qadar Allah. Yang penting, berusaha dan bertawakkal.

Melakukan apa pun pasti ada risiko. Yakni berjaya atau gagal. Kita ingin berjaya, tetapi bersedia untuk gagal.

Pilih untuk berani berisiko, berani membuat keputusan, berani memulakan, berani berdepan cabaran kehidupan.

Apa yang pasti, kegagalan bukan penamat percubaan. Kegagalan adalah permulaan untuk menuju kejayaan.

Lihatlah dan tanyalah orang yang berjaya. Mereka juga banyak kali gagal dan bangkit. Dan akhirnya mereka berjaya.

Untuk berjaya kita perlu berani untuk menghadapi kegagalan. Bukan setakat berani, tetapi terlebih berani. Insya-Allah, terlebih berani untuk menerima kegagalan akan membawa diri kepada kejayaan yang diingini. 

Tuesday 9 January 2018

Peluang capai impian bersama HAI O

Sahajidah Hai-O Marketing Sdn. Bhd. ditubuhkan pada bulan September 1992. Semenjak penubuhannya, Sahajidah Hai-O Marketing Sdn. Bhd. terus mengorak langkah dan menjadi jenama yang dipercayai dan dikenali dalam kalangan pengguna Malaysia.

Sehingga kini, Sahajidah Hai-O Marketing Sdn. Bhd. begitu sinonim dengan produk yang berkualiti tinggi dan selamat serta menawarkan pelbagai rangkaian produk hebat seperti penapis air, siri pakaian dalam, produk kecantikan, produk keperluan rumah dan tidak ketinggalan siri produk kesihatan yang terkenal semenjak turun-temurun.

Satu peluang perniagaan yang menawarkan ganjaran untuk memotivasikan individu.

Peluang perniagaan Sahajidah Hai-O adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan risiko yang rendah dan kos permulaan yang rendah.

Ia membantu anda membina perniagaan sendiri melalui penjualan produk dan penajaan. Pengedar baru kemudiannya akan menjual produk dan menawarkan peluang perniagaan ini kepada orang lain.

Dengan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, sudah tentu perhubungan jangka masa panjang dapat dijaminkan.

Oleh itu, dengan menyampaikan ilmu pemasaran dan penjualan anda kepada ahli kumpulan, anda bukan sahaja membina rangkaian perniagaan sendiri, malah membantu orang lain membina rangkaian perniagaan mereka.

Intisari peluang pendapatan bagi pelan perniagaan Sahajidah Hai-O Marketing adalah penjualan produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan serta penajaan.

Sedangkan perniagaan anda berkembang, pulangan turut akan bertambah.

Dalam pelan perniagaan Sahajidah Hai-O, tiada ganjaran yang akan diberi kepada individu yang hanya menaja orang lain semata-mata.

Di Sahajidah Hai-O Marketing, visinya memperkayakan hidup melalui produk berkualiti dan peluang perniagaan yang melangkaui sempadan.

Hai-O Marketing menekankan misi untuk mengubah kehidupan biasa menjadi kehidupan luar biasa melalui produk yang unik dan peluang perniagaan yang berpotensi.

Falsafah Hai-O Marketing:
- Kepuasan Pelanggan: Menyediakan nilai tambah kepada pelanggan dengan menyediakan produk-produk yang berkualiti, dan perkhidmatan kepimpinan.
- Persaingan: Menitikberatkan kelebihan berdaya saing dan kebijaksanaan dalam usaha mencapai kejayaan dan perkembangan yang berterusan.
- Budaya Tempat Kerja: Memupuk dan mempertingkatkan dasar pengetahuan dan ilmu dalam persekitaran pekerjaan untuk memantapkan kerja berkumpulan, dan mencapai matlamat dalam menghadapi apa juga cabaran dalam dunia perniagaan.
- Tanggungjawab: Meningkatkan kepercayaan dan nilai pulangan kepada para pemegang saham.
- Kemasyarakatan: Menghargai setiap jasa dan penghargaan yang dicurahkan oleh masyarakat. Menyalurkan semula sumbangan kepada masyarakat dalam bentuk kewangan atau bantuan ehsan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sokogan mereka.