Kebaikan vitamin C dalam
dunia kecantikan tidak boleh disangkal lagi. Ia umpama 'emas' yang menjadi
rebutan wanita yang mementingkan kecantikan. Ada wanita sanggup berbelanja besar
mendapat kebaikan dan manfaat vitamin C dengan cara suntikan.
Banyak wanita yang telah
mencubanya dan mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Tetapi ada yang
menerima kesan sampingan sebaliknya selepas suntikan itu dilakukan.
Antara kesan ialah jika
tersalah suntik boleh menyebabkan ptosis di mana muka menjadi
tidak kenyal dan jatuh akibat kesan lumpuh yang teruk dan boleh menyebabkan
alergi.
Sebelum mengambil suntikan, perlu mendapat nasihat doktor dan
membuat pemeriksaan serta penelitian adakah kita benar-benar memerlukan
suntikan vitamin C kerana pengambilan dos yang tinggi tanpa kawalan akan
menyebabkan kesan sampingan yang mungkin akan membahayakan.
Ini kerana suntikan akan
masuk ke dalam salur darah dan memberi kesan kepada organ dalaman.
Untuk mendapat manfaat dan
kebaikan witamin C tidak semestinya melalui cara suntikan. Pengambilan vitamin C
dan jenis vitamin lain serta mineral berkaitan kesihatan kulit patut diamalkan.
Utamakan gaya hidup sihat dan kawal emosi dapat memberi kebaikan untuk kecantikan
dalaman dan luaran.
Selain itu, penggunaan produk
kecantikan yang diperkayakan dengan vitamin C semula jadi mampu mengelak kesan buruk
cara suntikan dan jimat belanja.
Kini, terdapat pilihan di
mana pengguna hanya perlu mengoleskan sahaja serum vitamin C ke muka dan dapat
dilihat hasilnya dengan ketara.
Penggunaan bahan-bahan
semula jadi seperti buah-buahan yang kaya dengan vitamin C boleh memberi kesan
yang sama dengan suntikan vitamin C.
Cara penggunaannya cukup
mudah. Hanya oleskan di sekitar muka dan urut supaya bahan itu meresap ke dalam
kulit. Ia agak selamat berbanding dengan suntikan di mana tidak boleh diambil
sebarangan atau dengan orang yang bukan pakar.
Ia mencerahkan dengan
segera tona kulit yang gelap dan kusam dan sekali gus menghilangkan
tompok-tompok hitam. Struktur kulit juga halus dimana pori-pori kulit mengecil
serta menggalakkan pembentukan sel-sel kolagen dan menganjalkan kulit.
Di samping itu, memberi
kelembapan yang berpanjangan pada kulit serta istimewanya menegang, mengecilkan
kulit wajah yang kendur dan menggelebar.
Sehubungan itu, tidak lagi
akan rasa kesakitan akibat suntikan, tetapi hanya sapukan sahaja vitamin C yang
dapat membantu membaikpulih dan memberi kesegaran yang maksimum pada kulit.
Dapatkan produk kecantikan
diperkayakan vitamin C di pasaran tanpa perlu mengambil suntikan vitamin C untuk
kesan kebaikan yang sama. Lebih selamat, mudah dan murah.
No comments:
Post a Comment