Saturday 30 June 2018

Kebaikan dan kelebihan menyertai perniagaan MLM

Penolakan atau ditolak dalam urusan pemasaran berbilang tingkat (multi level marketing - MLM) perkara paling ditakuti ahli terlibat dalam MLM. Malah, faktor itu menjadi dinding seseorang menyertai MLM. Mereka menolak menyertai MLM kerana takut nanti ditolok.

Penolakan perlu diatasi dengan penarikan. Mengapa ditolak, maka perlu diusahakan sesuatu yang menarik. Mereka menolak kerana tidak tahu sebenarnya apa yang menarik mengenai MLM. Maka untuk mengatasi penolakan haruslah dibuka jaringan rasa takut dan bimbang mengenai MLM.

Ahli dalam MLM perlu yakin kepada kebaikan dan kelebihan MLM atau syarikat yang disertai. Fahami dan yakin kepada potensi yang bakal dinikmati dengan menyertai MLM.

Perniagaan MLM amat menarik dan hebat berbanding perniagaan konvensioal. MLM adalah jaringan atau rangkaian ahli bersama-sama membina satu kelompok yang dipimpin oleh upline. Semua ahli menjadi upline dan pada masa menjadi downline.

Beberapa kelebihan MLM:

Membangun jaringan perniagaan bersama-sama. Anda dan kumpulan dapat sama-sama belajar dan membangun bersama serta menikmati penghasilan dari perniagaan MLM.  Adanya pengarahan dan bimbingan dari kejayaan upline. Kejayaan juga diraih dari kedudukan syarikat yang teguh dan ternama.

Potensi penghasilan besar. Jika seseorang tekun dan mengurus jaringan dengan serius, maka peluang mendapat penghasilan besar amat cerah. Bermula dari bawah dan meningkat pada tingkat tertinggi.

Perniagaan bermula kecil. Untuk bermula dalam MLM memerlukan modal permulaan kecil. Terdapat syarikat yang menetapkan bayaran sekadar RM50 untuk menjadi ahli. Anda sudah boleh bermula dan menyimpan impian kejayaan.

Resiko kecil. Kalau modal kecil, masa resiko rugi juga kecil. Contohnya, jika menyertai dengan modal RM50 dan kemudian mengambil keputusan tidak meneruskan, maka ruginya hanya RM50. Sedangkan peluang untuk berjaya amat besar jika betul-betul berusaha.

Perbelajaan murah. Untuk meneruskan perniagaan, tidak perlu modal besar. Segala sistem telah disediakan oleh syarikat. Tidak perlu fikir atau urus satu sistem bagaimana hendak berjaya. Apa yang penting ialah ikut sahaja yang yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Tidak perlu menyimpan stok. Ahli tidak perlu membeli atau menyimpan stok yang banyak. Cukup sekadar untuk memenuhi permintaan semasa bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada. Malah, dalam banyak keadaan tidak perlu menyimpan stok langsung. Hanya pergi ke stokis atau tempahan melalui online apabila ada pelanggan telah ada dan setengahnya ada yang telah membayar barang yang ingin dibeli itu.

Kelebihan ini sepatutnya menjadi daya penarik untuk menyertai MLM. Peluang mencipta kejayaan terbuka luas kepada mereka yang tidak banyak memberi alasan, tetapi lebih banyak merebut peluang yang terhidang.

No comments:

Post a Comment