Monday 22 January 2018

Terlebih berani hadapi kegagalan untuk cipta kejayaan

Hidup ini perlu berani. Terlebih berani, sedia untuk gagal. Selalunya, ketika bersedia risiko gagal, kejayaan akan datang.

Cabaran awal dalam penawaran adalah risiko penolakan. Tidak semua yang terus bersetuju dengan cadangan kemukakan.

Namun, untuk berjaya, pastikan terus melangkah walau seberapa banyak penolakan yang diterima atau dihadapi. Terus berusaha tanpa berasa lelah dan kecewa dengan penolakan. Istilah akan gagal lagi dan lagi tidak sepatutnya wujud di dalam diri mereka yang ingin berjaya. 

Bagaimana tahu gagal jika belum pernah bermula? Sebagai seorang hamba Allah jua sebagai seorang Islam, apa yang bakal dicapai dalam kehidupan ini tergantung kepada ketentuan Qada dan Qadar Allah. Yang penting, berusaha dan bertawakkal.

Melakukan apa pun pasti ada risiko. Yakni berjaya atau gagal. Kita ingin berjaya, tetapi bersedia untuk gagal.

Pilih untuk berani berisiko, berani membuat keputusan, berani memulakan, berani berdepan cabaran kehidupan.

Apa yang pasti, kegagalan bukan penamat percubaan. Kegagalan adalah permulaan untuk menuju kejayaan.

Lihatlah dan tanyalah orang yang berjaya. Mereka juga banyak kali gagal dan bangkit. Dan akhirnya mereka berjaya.

Untuk berjaya kita perlu berani untuk menghadapi kegagalan. Bukan setakat berani, tetapi terlebih berani. Insya-Allah, terlebih berani untuk menerima kegagalan akan membawa diri kepada kejayaan yang diingini. 

No comments:

Post a Comment