Friday 6 August 2021

CARA KENAL BASIKAL JANTAN

Tahukah anda, basikal ada jantan dan betina. Soalan ini tiada kaitan dengan Nujum Pak Belalang yang disoal tentang mana satu itik jantan dan mana pula anak itik betina.

Di Kelantan, mungkin juga di negeri-negeri lain, basikal ada ‘jantina’ iaitu basikal jantan dan basikal betina.

Perbezaan ciri basikal jantan dan basikal betina berdasarkan kedudukan palang.

Jika palang mendatar dari bahagian tempat duduk sehingga sehingga bahagian handle, itu namanya basikal jantan.

Jika palang mereng atau condong dari handle sehingga ke bahagian pengayuh pula dinamakan basikal betina.

Kebanyakan basikal pada zaman dahulu dikategorikan sebagai basikal jantan. Ia lebih kukuh dan tahan.

Jenis basikal jantan yang paling banyak ketika dahulu adalah basikal unta. 


No comments:

Post a Comment