Friday 30 July 2021

MAKSUD DIBERI BERKUKU HENDAK MENCENGKAM

Ada pepatah atau peribahasa berbunyi; diberi berkuku hendak mencengkam. 

Maksud peribahasa tersebut ialah baharu diberi kekuasaan sedikit sudah hendak menindas orang lain. 

Kuasa yang ada sepatutnya digunakan untuk kebaikan, bukan untuk menindas atau digunakan sewenang-wenangnya. 

Ingatlah, kuasa yang ada tidak selamanya. Ada ketikanya kita memerlukan pertolongan orang lain untuk terus berkuasa. 

Bayangkan jika pihak yang diharapkan dapat membantu itu tidak mahu meneruskan bantuan, maka kuasa yang dimiliki itu akan hilang. 

Hidup ini umpama roda. Ada ketika di atas dan pada masa lain pula di bawah.

No comments:

Post a Comment