Otak perlu digilap. Allah SWT menyuruh agar manusia mengkaji setiap ciptaan, melainkan zat-Nya. Setiap ciptaan dan kejadian di dunia ini ada manfaatnya kepada manusia. Oleh sebab itu, manusia perlu mengkaji dan mencari cara mana sesuatu perkara itu boleh dimanfaatkan.
Minda membolehkan manusia menilai
baik dan buruk, mampu membezakan di antara yang benar dan palsu, bersih dan
kotor, untung atau rugi, malah memandu untuk mengenal diri dan
Penciptanya.
Amat ditakuti apabila manusia
menggunakan keupayaan akal untuk melakukan onar dan kejahatan. Mereka
bijak mengggunakan akal untuk menimpu orang lain dengan mendapat apa yang tidak
sepatutnya menjadi hak mereka.
Marilah kita bersama-sama
melaksanakan hak keutamaan menggunakan minda sepertiman ditegaskan Rasulullah
SAW dalam dalam satu hadis daripada Ibnu Hibban, maksudnya: "Berfikir
sesaat lebih baik daripada beribadat setahun."
Jadi, amat rugi yang menungkapkan
kata-kata bahawa dirinya malas untuk berfikir atau fikiran lembap.
Otak boleh diumpamakan seperti
logam yang perlu sentiasa digilapkan untuk nampak bersinar. Proses
mengilap otak ialah dengan banyak berfikir atau menggunakan fungsi otak agar
sentiasa berjalan.
Hasan al-Basri berkata:
"Sesungguhnya golongan yang berfikir mereka sentiasa mengulangi apa yang
mereka ingati, sehinggalah hati mereka dapat berbicara dengan kata-kata
hikmah."
No comments:
Post a Comment