Ubi sarek sejenis keladi unik kerana ketika mula tumbuh seakan-akan bunga keluar dari tanah. Ukuran bunga hingga mencecah lebih suku meter tinggi dan mengeluarkan bau yang tidak enak terutama ketika hampir 'mati' sebelum muncul daun dan batang.
Pokok
sarek juga dipanggil ubi kekek atau ubi ular kerana batangnya mempunyai
corak seperti ular.
Sekarang
ini ramai tidak kenal pokok ubi sarek. Kalau ada tumbuh di kawasan kampung
pasti mendapat perhatian ramai.
Ubi
sarek merupakan sejenis tumbuhan yang berbatang lembut seperti batang keladi,
daunnya pula berbentuk jejari. Ubinya besar bertekstur seperti isi keladi
tetapi bunganya berbau busuk.
Ubi sarek tidak dipeduli oleh
sesetengah orang disebabkan rasa gatal dan tidak sesuai dimakan kerana
mengandungi kalsium oksalat yang boleh menyebabkan pening dan rasa loya.
Ubi sarek boleh dijadikan makanan
melalui penyediaan tertentu. Ubi sarek boleh dimakan walaupun gatal dan mungkin
beracun. Ubi ini direbus beberapa lama, ditumbuk halus, dikeringkan dan
dimasak.
Cara menghilangkan racun adalah
dengan merendam ubi yang telah direbus dengan air mengalir sebelum ditumbuk dan
dimasak sekali lagi sebelum dimakan.
Di Kelantan pada zaman dahulu, ubi
sarek digunakan sebagai campuran dalam bubur asyura. Ini sesuai dengan konsep
asyura yang mencampurkan pelbagai bahan yang diperoleh atau didapati di sesuatu
kawasan.
Bagaimanapun amalan itu kurang
diamalkan sekarang ini kerana bahan membuat asyura kini 'ditetapkan' mengikut
resipi tertentu. Tambahan pula, ubi sarek kini jarang ditemui apabila banyak
tanah kini telah dibangunkan, menyebabkan baka ubi sarek semula jadi pupus,
sedangkan tidak ada orang menanamnya.
Ubi sarek juga boleh dibuat pengat,
direbus dan sebagainya. Batangnya pula boleh dibuat masak lemak.
Pokok sarek adalah jenis pokok
bermusim, biasanya ia akan tumbuh selepas musim hujan dan akan mati bila sampai
masanya. Ia hidup subur di kawasan lembab dan redup.
Ketinggian pokok sarek boleh
mencapai sehingga 1.5 m. Daunnya berbentuk jejari di bahagian atas dan
tidak gugur. Daunnya akan layu dan mati sekali dengan batangnya, membiarkan ubi
membesar di bahagian dalam tanah. Ubinya besar bertekstur seperti isi keladi.
Terdapat lebih 80 spesis
Amorphopallus di seluruh negara tetapi hanya dua spesis yang mempunyai kepentingan
sebagai makanan.
Cecair ubi sarek liar dijadikan
sebahagian daripada campuran racun sumpitan oleh kaum Orang Asli di
Perak.
Orang China menggunakan ubi sarek
menjadi tepung untuk dibuat makanan seperti tauhu. Orang Jepun pula merebus ubi
ini untuk menghasilkan makanan seperti mihun.
Sesetengah orang menjadikan ubi ini
sebagai makanan ikan. Selain dijadikan bahan makanan dan racun sumpitan, spesis
ubi sarek yang tertentu juga digunakan sebagai ubatan tradisional sebagai ubat
pupuk dan ubat untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment