Monday, 30 June 2025

RTS LINK HUBUNGKAN BUKIT CHAGAR DENGAN WOODLANDS NORTH

 
Rapid Transit System (RTS) Link merupakan sistem pengangkutan moden yang bakal menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru ke Woodlands North, Singapura dalam hanya 5 minit.
 
Direka dengan kecekapan tinggi, tren ini mampu membawa 10,000 penumpang setiap jam setiap hala, dengan kekerapan 3.6 minit semasa waktu puncak, sekali gus berupaya menampung sehingga 180,000 penumpang sehari.
 
Projek ini merupakan inisiatif berimpak tinggi dan strategik buat negeri Johor. Ia bukan sahaja menjawab isu kesesakan rentas sempadan yang telah lama membebankan rakyat, malah menjadi detik bersejarah yang mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia–Singapura serta merangsang pertumbuhan ekonomi serantau.
 
Setakat Jun 2025, projek ini telah mencatatkan kemajuan fizikal sebanyak 56 peratus, melibatkan pembinaan landasan, pembangunan stesen serta ujian sistem dan tren. RTS Link disasarkan mula beroperasi menjelang penghujung 2026.
 
Pengoperasian RTS Link mampu mengangkat Johor sebagai kuasa ekonomi utama di rantau ini. Ia juga mencerminkan komitmen kerajaan Johor  bersama kerajaan Persekutuan dan Singapura dalam membina prasarana yang moden, efisen dan selamat untuk keselesaan rakyat.

No comments:

Post a Comment