Monday, 28 February 2022

CARA MEMBUANG KULIT LABU

 
Labu banyak jenis. Salah satu labu dikenali labu pungi. Labu pungi juga dikenali labu manis. Labi jenis ini berbuah besar dan apabila matang kulitnya keras. Setelah dituai, semakin lama disimpan, semakin keras kulitnya.

Labu pungi yang telah matang biasanya dijadikan pengat labu atau sira labu.

Memandangkan kulitnya menjadi keras atau liat, maka agak sukar untuk membelah, seterusnya membuang atau mengupas kulit labu pungi.

Untuk mengatasi masalah itu, ada cara atau petua lebih mudah untuk membelah, menjurai (memotong secara memanjang) dan membuang kulitnya.

Caranya ialah proses membuang kulit dilakukan ketika buahnya masih dalam keadaan asal. Maksudnya, tidak dibelah terlebih dahulu sebelum menjurai dan membuang kulitnya.

Proses membuang kulit labu pungi tanpa membelahnya, akan memudahkan proses untuk membuang kulit kerana senang dipengang. Dalam keadaan ukuran besar dan berat, mudah untuk memotong atau membuang bahagian kulitnya. Pegangan buah lebih kemas dan kerja-kerja membuang kulit mudah dilakukan.

Setelah buah dibuang kulit, baharu buah itu dibelah dua dan seterusnya dijurai mengikut ukuran yang dikehendaki. Untuk membuat pengat, isi labu perlu dipotong kecil, sedangkan jika ingin dibuat sira labu, ia dijurai dari atas sehingga ke bawah.

Jika masih ada kulit terlekat, biasanya di bahagian lurah, ia boleh dibuang apabila buah telah dijurai.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment