Thursday, 7 April 2022

MAKSUD ‘LEROH’ DIALEK KELANTAN

 
Perbuatan ‘meleroh’ atau ‘leroh’ adalah bermaksud merumput. Yakni perbuatan membuang rumput menggunakan cangkul dengan hanya membuang rumput atau pokok renek di bahagian atas permukaan tanah.

Leroh dilakukan untuk membersihkan tanah dengan membuang pokok, khususnya rumput di bahagian atas tanah sahaja. Ia memisahkan akar rumput dari melekat pada tanah. Atau separuh bahagian terpotong, manakala sebahagian akar pula masih kekal di dalam tanah.

Di sesetengah kawasan di Kelantan, perkataan ‘leroh’ juga dipanggil ‘kisik’.

No comments:

Post a Comment