Pusat Rekreasi Lata Renyok dibangunkan dan
diselengara oleh Majlis Daerah Jeli (MDJ) sebagai pusat aktiviti berkeluarga
yang terbuka kepada penduduk setempat dan dari luar. Ia diharapkan menjadi
destinasi tarikan ramail
Pusat rekreasi tersebut terletak di Kampung
Renyuk iaitu lebih kurang 14 km dari bandar Jeli. Pengunjung hanya perlu
mengambil jalan menghala ke Kuala Balah atau jalan Jeli – Jelawang - Gua
Musang.
Lata Renyuk terhasil daripada aliran Sungai
Renyok yang bermula dari banjaran Titiwangsa sebelum menghilir masuk ke dalam
Sungai Pergau. Kelebihan kawasan air terjun ini ia dapat dikunjungi rapat oleh
kenderaan biasa dengan keadaan jalan yang elok.
Sungai Renyok merupakan salah satu punca
sungai membekalkan air untuk empangan hidro elektrik Pergau. Di Kampung Renyuk juga
terdapat sebuah mini hidro elektrik yang beroperasi sehingga sekarang.
Lata Renyuk Jeli semakin menarik apabila kemudahan
di kawasan berkenaan telah dinaik taraf. Landskap rumput dan fasiliti
diselenggara dengan baik oleh Majlis Daerah Jeli (MDJ).
Lebih menarik lagi apabila ditambah
kompenan baharu 'Mini Renyuk Water Park' memberi pilihan buat keluarga beriadah
di sini.
Diharapkan kepada para pengunjung, guna kemudahan yang
disediakan sebaiknya. Jaga kebersihan dan keindahan taman rekreasi agar
sentiasa terus terpelihara.
No comments:
Post a Comment