Friday 11 August 2023

CONTOH LAPORAN RINGKAS BERKAITAN SESUATU PERISTIWA

 
Assalamualaikum Tuan Ketua Operasi,
 
Pada 7 Ogos 2023, saya diminta oleh Zaidi untuk memberi taklimat kepada petugas kempen di bilik gerakan pada jam 1700H melibatkan beberapa lokasi. Taklimat sama juga akan diadakan pada 8 dan 9 Ogos untuk lokasi lain.
 
Pada jam 1730H saya datang bilik gerakan dan bertemu Zaidi. Namun beliau hanya buat tidak tahu tentang taklimat tersebut, sebaliknya buat perkara lain. Untuk tarikh 8 dan 9 Ogos saya tidak hadir.
 
Pada 9 Ogos 2023, saya diminta untuk beri taklimat kepada petugas di bilik gerakan pada jam 2100H 10 Ogos 2023. Saya sekadar mendengar tanpa berkata apa-apa. Dia hanya ucap sekali sahaja.
 
Berdasarkan kepada perancangan awal pada 7, 8 dan 9 Ogos yang tidak dilakukan apa-apa, saya menganggap hal berkaitan taklimat petugas tidak perlu dan tidak penting bagi Zaidi. Jadi, saya beritahu tidak akan terlibat dalam taklimat tersebut.
 
Pada 2127H 10 Ogos 2023, Zaidi telefon minta saya datang segera ke bilik gerakan kerana sudah ramai petugas yang menunggu untuk menerima taklimat daripada saya. Jadi, saya tiada pilihan, lalu bersetuju hadir.
 
Pada 2157H 10 Ogos 2023, Tuan Ali menghubungi saya dan maklum bahawa saya dalam perjalanan.
 
Pada 2159H 10 Ogos 2023, Tuan Mustapha menghubungi saya, tetapi tidak diangkat.
 
Saya sampai beberapa minit kemudia dan terus naik ke tingkat atas dan menyampaikan taklimat. Taklimat tamat kira-kira 0025H 11 Ogos 2023.
 
Sekian laporan daripada saya
 
Azlan Ahmad
0800H 13 Ogos 2023
 
Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment