Monday, 21 July 2025

JENIS DURIAN HUTAN HANYA ADA DI JOHOR

 
Spesies durian hutan ini hanya terdapat di negeri Johor. Nama sainstifiknya ialah Durio johoricus . Buahnya unik dengan warna kulit kemerahan.
 
Durian jenis ini tidak boleh dimakan kerana kurang isi atau mungkin tiada. Di bahagian biji hanya ada selaput aril yang nipis,
 
Pokok ini berbuah di bahagian umbi atau pangkal pokok. Lebih kurang macam durian kura-kura. Populasinya terdapat di kawasan Endau dan Segamat di negeri Johor.
 
Kadar pertumbuhan pokok sebegini begitu perlahan, dan jangkaan untuk berbuah tidak diketahui kerana tiada siapa yang membuat kajian atau meneliti perkara ini.
 
Pokok durian seperti ini amat berharga sebagai lanskap dan pusat pengunjung agropelancongan kerana kewujudannya di sesuatu kawasan dianggap satu kelainan dan unik.

Baca juga:
 
Sumber gambar dari media sosial. 


No comments:

Post a Comment