Lelaki
dan perempuan saling memerlukan antara satu sama lain untuk mengecapi kehidupan
yang lebih sempurna. Untuk memenuhi tabie manusia itu, Islam menetapkan perkahwinan
sebagai ikatan halal membolehkan lelaki dan perempuan menjalani kehidupan
mengikut keinginan dan keperluan mereka.
Melalui
perkahwinan lelaki dan perempuan akan mengecapi nikmat hidup lebih bermakna.
Firman
Allah bermaksud: “Dan di antara kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan
untukmu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan
dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang.” – (Surah ar-Rum ayat 21).
Institusi
perkahwinan membentuk sebuah keluarga, mengandungi suami dan isteri, kemudian
kelahiran anak-anak. Rasulullah gembira dan menggalakkan umatnya berkahwin
serta mempunyai anak.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Berkahwinlah kamu dan mempunyai anak melaluinya,
sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat nanti.”
Justeru,
Baginda menganggap mereka yang sengaja tidak mahu berkahwin tanpa alasan syarie
sebagai bukan di kalangan umatnya.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Bukan di kalangan umatku mereka mereka yang tidak
ingin berkahwin.”.
Ini
bermakna umat Islam ‘wajib’ berkahwin agar tergolong sebagai umat Rasulullah di
akhirat. Umat Rasulullah mempunyai banyak kelebihan di akhirat berbanding
umat-umat nabi lain. Antara kelebihan umat Rasulullah ialah awal dihisab
sebelum umat lain. Selain itu syafaat Rasulullah amat besar maknanya.
Bagainda
pernah melahirkan rasa sedih apabila mengetahui seorang sahabat meninggal dunia
ketika masih bujang. Sahabat itu dikatakan mendapat kurang martabatnya di sisi
Allah, biarpun semasa hayatnya dia tergolong mereka yang kuat beribadat dan
taat kepada perintah Allah dan Rasulullah.
Sebagai
memperakui kepentingan berkahwin, balasan kebaikan bagi mereka berkahwin
digandakan dan tambah dengan rahmat Allah.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Apabila seorang isteri mendirikan solat lima waktu,
berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta menutup aurat dan
taat kepada suami, lebih berhak baginya masuk ke syurga dari sebarang pintu
yang dia kehendaki.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

No comments:
Post a Comment