Tuesday, 4 February 2025

KOTA SEKS POMPEII MUSNAH

 
Letupan Gunung Vesuvius yang memusnahkan Kota Pompeii berlaku pada 24 Ogos 79 Masihi. Bencana dahsyat ini memuntahkan abu panas, gas beracun, dan lahar yang menguburkan seluruh kota tersebut dalam tempoh yang singkat. 

Kota Pompeii terletak kira-kira 23 kilometer dari Napples, Itali didiami sekitar 13,000 penduduk ketika letusan gunung berapi berlaku.

Kesan-kesan peninggalan kota berkenaan berjaya ditemui sekitar kurun ke-16 dan kerja-kerja ekskavasi hanya bermula 1750.
 
Pompeii pernah menjadi kota yang berkembang maju dari segi pembangunan dan ketamadunan. Namun, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu juga membangun sebagai pusat pelacuran.
 
Masyarakat Pompeii mengamalkan ajaran mithra iaitu menyakini alat kelamin serta persetubuhan tidak patut disembunyikan.
 
Pada hari kejadian, penduduk menjalani kehidupan harian seperti biasa tanpa menyedari segalanya akan berakhir dalam sekelip mata sahaja.
 
Walaupun tempat tinggal mereka terletak berdekatan dengan Gunung Berapi Vesuvius, semua penduduk di situ tidak menghiraukannya. Ini kerana, gunung tersebut sudah tidak lagi meletus sejak beratus tahun sebelumnya.
 
Namun, secara tiba-tiba gunung tersebut meletus dengan sungguh dahsyat. Letusan tersebut berlaku secara terus menerus selama dua hari diiringi hujan debu, awan panas dan lava pijar. Tiada seorang pun yang terselamat pada masa itu.
 
Malah, masyarakat Pompeii ditemui mati dalam keadaan yang tidak menyedari bencana akan datang secara tiba-tiba. Situasi yang berlaku ini amat sukar untuk difahami oleh pengkaji barat.
 
Ketika proses cari gali dijalankan, kebanyakan pasangan meninggal dunia dalam keadaan sedang melakukan aktiviti seksual. Malah, ada juga pasangan sejenis dan kanak-kanak ditemui dalam keadaan yang sama.
 
Sesetengah mayat pula dijumpai dalam keadaan sedang menikmati juadah sebelum gunung berapi itu meletus. Di samping itu, penyelidik juga mendapati ada ibu bapa yang melindungi anak-anak mereka ketika musibah itu melanda. Kesemua mayat tersebut terkubur di bawah debu.
 
Selain manusia, haiwan peliharaan masyarakat Pompeii turut terkorban. Antara haiwan peliharaan yang menjadi kegemaran masyarakat Pompeii ialah anjing, kuda dan khinzir.
 
Imej ‘Two Maidens’ dikenali sebagai dua orang wanita yang sedang berpelukan ketika menghadapi kematian. Bagaimanapun, pada 2017, para penyelidik mendapati kedua-dua individu ini sebenarnya adalah lelaki dan mereka merupakan pasangan ‘gay’.
 
Imbasan CT dan hasil ujian DNA juga mengesahkan mereka adalah lelaki. Pengesahan lanjut juga mendapati mereka tidak mempunyai hubungan keluarga. Mengenai soal umur, salah seorang daripada mayat tersebut berusia 18 hingga 20 tahun dan seorang lagi pula berusia 20 tahun lebih.
 
Pekerja-pekerja arkeologi terkejut melihat hasil lukisan seksual pada dinding dan barangan penduduk kota tersebut. 
 
Pada tahun 1819, bakal raja pada masa tersebut turut terkejut dengan penemuan barangan erotik yang mana telah diarahkan untuk disimpan di dalam sebuah almari rahsia.
 
Penduduk di kota Pompeii turut tertarik dengan perabot dan perhiasan yang erotik seperti arca dewa hutan sedang berasmara dengan seekor kambing. 
 
Sepanjang sejarah dunia arkeologi, Pompeii menjadi satu-satunya kota yang mempunyai sejarah yang unik dan tersendiri.
 
Pelbagai dokumentari mahupun kisah mengenai kota tersebut telah dihasilkan buat tatapan masyarakat pada masa kini. 

No comments:

Post a Comment