Teh dijadikan
minuman kerana kesedapan aroma dan cita rasa menarik. Teh mempunyai banyak khasiat dan
manfaat.
Menurut satu
penelitian yang dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati teh
mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna.
Antara manfaat
minum teh adalah:
- Teh mampu membangkitkan
semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.
- Teh beruapaya menghilangkan
rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh
darah, usus dan hati.
- Minum teh mampu mencegah
kerosakan gigi. Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat
mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60 peratus.
- Minum teh dapat mengurang
sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat di dalam daun teh adalah 18 kali
ganda komposisinya daripada vitamin E
- Minum teh dapat memperlahan
dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah
pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah
pada otak.
- Minum teh dapat
merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.
- Amalan minum teh berupaya
menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan
- Minum teh dapat mengatasi
masalah katarak yang biasa dialami golongan tua.
- Tidak hanya
dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut
dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.
- Minum teh dapat melindungi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat melindungi radiasi, Menonton
televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi
televisyen sekaligus melindungi daya penglihatan anda.
- Minum teh dapat memelihara
dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.
- Air teh mudah diserap
segera dalam tubuh dan dioksida.
- Menyejukkan tubuh dan
menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu
tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.
- Daun teh mengandungi banyak
unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.
- Daun teh berupaya
mengekang pertumbuhan sel kanser.
No comments:
Post a Comment