Monday 6 December 2021

SEJARAH URUTAN STIMULATHERAPY

 
Apakah dimaksudkan urutan stimulatherapy? Stimulatherapy adalah sebuah modality diasaskan Datuk Dr. Rusly Abdollah yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan komplimentari.

Beliau mempelajari urutan tradisional Jawa dari neneknya, kemudian mempelajari Acupressure di Singapura dan Acupuncture di Ipoh.

Beliau giat melakukan kajian keberkesanan teknik urutan terutama urutan tradisional Nusantara. Beliau mendapati urutan tradisional Nusantara jika digabungkan dengan pengetahuan anatomi TCM (Traditional Chinese Medicines) yang bertunjangkan prinsip Yin Yang dan Body Meridian Theory akan mendatangkan kesan yang lebih positif.

Thesis kajian beliau telah dikemukakan kepada Open International University For Complimmentary Medicines (OIUCM) di Colombo, Sri Lanka.Setelah dinilai oleh panel akademik OIUCM beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) oleh universiti tersebut.

Kemudian Datuk Dr Rusly membina sebuah modaliti integrasi Acupressure dengan Urutan Jawa lalu diberi nama baru Stimulatherapy. Modaliti baru ini telah dikemukakan kepada Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplimentari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia dibenarkan untuk pengamalan dengan syarat ditubuhkan badan pengamal yang khusus. Hasilnya tertubuhlah Persatuan Pengamal Stimulatherapy Malaysia (PESTIMAL) di mana Datuk Dr Rusly Abdullah menjadi Presidennya.

Atas saranan Kementerian Kesihatan sendiri, kini PESTIMAL telah bergabung pula dengan Federation of Complimentary and Natural Medical Association of Malaysia (FCNMAM).

No comments:

Post a Comment