Tiada
yang mustahil untuk diraih saat kita bersungguh sungguh untuk mencapainya.
Semuanya adalah satu proses untuk membina diri kita. Individu hebat lahir dari
pengalaman yang mencabar.
Jatuh
bangun.Jatuh bangkit. Gagal terus berusaha sampai jaya. Itulah insan yang
hebat. Tiada keluhan yang menghiasi diri tetapi tetap terus yakin menempuh apa
jua untuk meraih impian yang ingin dicipta.
Adakala
kita terlalu risau tentang hasil sedangkan setiap rezeki itu telah tertulis. Terus
berusaha dan yakinlah dengan kurniaan-Nya.
Kejayaan
bukan tentang apa yang anda suka atau tidak suka. Kejayaan adalah tentang
ketaatan kepada prinsip.
Anda
tidak tahu cabaran apa yang bakal menanti esok, tetapi anda sedar perlu
mengharunginya. Itulah individu yang sebenarnya telah berjaya sebelum memulakan
usaha.
Anda
sepatutnya mendapat motivasi daripada orang-orang yang meragui anda dan harus
menjadi lebih baik setiap hari. Tidak perlu risau tentang apa orang lain
katakan kepada anda, tetapi fokus kepada apa akan diusahakan.
Adalah
pilihan anda sama ada bekerja untuk mengejar impian sendiri atau untuk impian
orang lain. Kalau ingin kejar impian sendiri, fokus apa diingini. Kalau hendak
ikut orang lain, tidak perlu fikir apa-apa, hanya ikut sahaja, dan ketika itu anda
adalah umpama lembu dicucuk hidung.
Memahami
satu soalan boleh mendapat separuh jawapan; menentukan satu matlamat boleh
mendapat separuh kejayaan. Kalau anda tidak tahu menetapkan matlamat, anda umpama
orang yang telah gagal sebelum berusaha.
No comments:
Post a Comment