Untuk
membantu orang lain tidak semestinya kita kuat. Ada cara dan jenis bantuan
boleh kita lakukan mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang penting kita
perlu mempunyai kekuatan azam dan keikhlasan untuk melakukan sesuatu.
Inilah
bukti dilakukan Roslan Ismail, 49, seorang sukarelawan yang pernah dinobatkan
sebagai Anugerah Tokoh Aktivis Belia Kelantan 2021, dalam melakukan aktiviti
kebajikan, terutama kepada penduduk di Kepulauan Delta Kelantan.
Roslan
yang mengalami kecacatan bahagian bawah pinggang yang menyebabkan dia tidak
boleh berdiri dan berjalan, tidak jemu-jemu untuk menabur bakti kepada komuniti
setempat.
Biarpun
payah untuk bergerak, Roslan tidak menjadikan ia satu halangan untuknya
membantu orang lain.
Sekarang
ini banyak NGO dan individu yang menjadikan Roslan sebagai individu penghubung
untuk melakukan aktiviti di pulau-pulau delta Sungai Kelantan seperti di Pulau
Seratus, Pulau Haji Nik Mat, Pulau Pantai Suri, Pulau Beluru, Pulau Renjuna,
Pulau Timun dan beberapa pulau sekitar.
Roslan
boleh dikatakan mengenali majoriti penduduk di kepulauan tersebut yang
memudahkan beliau mengetahui status keluarga berkenaan dan bantuan apakah yang
diperlukan.
Contohnya,
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan mendapat bantuan Roslan untuk mengenal pasti pelajar
untuk diagihkan beg sekolah dan bantuan kepada anak yatim dan anak yatim piatu.
Atas
pertolongan Roslan, majlis penyampaian bantuan berjalan lancar. Terima kasih.
Gambar: Roslan (dua dari kanan) membantu melancarkan majlis penyerahan bantuan kepada penerima
No comments:
Post a Comment