Sorang
usahawan, anda perlu tanam banyak “benih” untuk berjaya. Dalam dunia perniagaan
sekarang ini, mungkin kejayaan anda bukan dengan berkerjasama dengan
syarikat-syarikat besar.
Mungkin
hanya perlu berkerjasama sengan orang tidak terkenal pun, tetapi menpunyai
idea-idea yang boleh menolong memajukan perniagaan anda.
Contohnya,
budak belasan tahun yang tidak siapapun tahu tetapi boleh mereka apps,
idea-idea tak masuk akal dan bijak dengan media sosial.
Dia
kata carilah mereka ini seramai boleh untuk memajukan perniagaan anda dengan
dunia media sosial sekarang ini.
Perniagaan
dalam talian memang satu cara pemasaran paling popular.
Perkembangan
dunia internet dan penggunaan pelbagai aplikasi dan gajet mesra pengguna
membantu dunia perniagaan online berkembang pesat.
Pengguna
yang memasuki dunia tanpa sempadan perlu memanfaatkan sepenuhnya perluang
mendapatkan barang dan perkhidmatan secara dalam talian.
Berikan
peluang kepada semua orang untuk terlibat dalam dunia perniagaan dalam talian secara
lebih meluas dan berkesan.
Kepada peniaga dalam talian pastikan kejujuran menjadi asas dalam menjalankan
urusniaga.
Jual
produk yang berkualiti dan tidak menyalahi undang-undang. Harga yang ditawarkan
berpatutan dan jangan sekali-kali menipu mengenai produk.
Jika produk yang ditawarkan tidak ada dalam simpanan, beritahu pelanggan
kelewatan penghantaran atau pulangkan kembali wang yang telah dibayar. Utamakan
kepantasan dan komunikasi yang baik.
No comments:
Post a Comment