Umat
Islam dituntut bersembahyang lima waktu sehari secara berjamaah di masjid atau
surau. Manakala setiap Jumaat, menjadi fardu ain orang lelaki menunaikan
sembahyang Jumaat.
Diperhatikan,
banyak jemaah yang ambil mudah dalam soal meletak kenderaan masing-masing. Ada yang
meletakkan kenderaan menghalang laluan masuk ke pintu pagar masjid. Bahkan ada
yang meletaknya terlalu hampir dengan pintu masjid sehingga mengganggu
kelancaran untuk memasuki masjid.
Itu
tidak termasuk lagi soal yang letak kenderaan secara tidak berhemah di tepi
jalan raya hingga menyebabkan jalan raya terhalang. Ada yang juga menyebabkan
terhalang pemandangan pengguna lain untuk keluar dari cabang dan sebagainya.
Hendaklah
kita sedar bahawa bagi jalan raya itu haknya yang diajar oleh Islam. Jalan raya
bukan sahaja digunakan oleh kita, mereka yang lain juga ada hak menggunakannya
dengan cara yang mematuhi peraturan.
Mereka mungkin ada urusan kecemasan ataupun bukan muslim yang mahu ke tempat
lain ataupun muslim yang tidak terlibat dengan solat berkaitan seperti wanita,
musafir dan seumpamanya.
Rasulullah
SAW pernah mengingatkan kalangan sahabat baginda agar tidak mengganggu pengguna
jalan.
Maksud
sabda Rasulullah SAW: "Jangan kamu duduk di jalan". Mereka menjawab:
"Kami terpaksa. Ia majlis kami. Kami berbicara di situ".
Sabda
Nabi: "Jika kamu enggan melainkan mahu duduk juga hendaklah kamu
memberikan hak jalan". Mereka bertanya: "Apakah itu hak jalan?".
Jawab
Nabi SAW: "Tundukkan pandangan (jangan melihat aurat dan keaiban orang),
cegah diri sendiri dari menyakiti pihak lain, jawab salam, menyuruh kepada yang
baik dan mencegah kemungkaran". - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Menghalang
kenderaan pengguna jalan raya yang lain itu boleh memudaratkan terutama apabila
pengguna itu sakit, ataupun mahu ke suatu tempat yang perlu sampai pada masanya
seperti lapangan terbang dan seumpamanya.
Kenderaan
hendaklah diletakkan di tempat yang tidak menghalang lalu lintas kenderaan
mahupun penjalan kaki. Letakkan kenderaan biarpun jauh dari masjid dan berjalan
kaki. Sesungguhnya setiap langkah menuju masjid adalah pahala.
Kita
ke masjid kerana hendak menambah pahala berbanding bersembahyang di rumah,
untuk sembahyang lima wakut, manakala wajib pada waktu Jumaat.
Tetapi, jika kita melakukan perbuatan yang ditegah dengan menghalang lalu lintas,
maka itu sudah menjadi sebahagian perbuatan dosa. Menyusahkan dan membahayakan
orang lain adalah perbuatan ditegah.
Gambar hiasan
No comments:
Post a Comment