Jeti Kuala Besar adalah jeti bot penambang yang digunakan penduduk untuk ke beberapa pulau yang terletak di delta Sungai Kelantan seperti Pulau Renjuna, Pulau Seratus, Pulau Beluru, Pantai Suri, Pulau Nik Mat, Pulau Dolah, Pulau Aur, Pulau Timun dan beberapa pulau kecil lain.
Mereka
yang berkenderaan ingin ke kawasan pulau akan meletakkan kenderaan di Jeti
Kuala Besar dan seterusnya menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan.
Bot
berkenaan akan singgah di jeti-jeti yang terdapat di pulau-pulau berkenaan
untuk mengambil atau menurunkan penumpang.
Selain
digunakan penduduk-penduduk pulau, jeti itu juga diguna oleh pengunjung ke
Pasar Terapung Pulau Suri, Pasar Terapung Sri Tanjung dan mereka yang ingin menikmati susana keindahan pulau-pulau.
No comments:
Post a Comment