Sebelum kemerdekaan Indonesia, di negara tersebut juga ada sistem pemerintahan bersultan atau beraja. Ini semua itu telah berakhir apabila Indonesia memilih sistem pemerintahan republik. Biarpun masih terdapat kerabat diraja, namun ia tiada kuasa pemerintahan dan tidak disenaraikan dalam sistem pemerintahan.
Semua
itu bermula apabila rakyat terpedaya dengan slogan 'Ketuanan Rakyat' sehingga
lupa kepentingan institusi raja yang memayungi rakyat. Inilah sejarah berkubur
institusi raja di Indonesia.
Nasib
baik perkara sama tidak berlaku di Malaysia. Namun, itu bukan satu jaminan ia
akan terus kekal jika rakyat terpengaruh dengan hasutan pihak yang layak
dipanggil pengkhianat agama bangsa.
Dalam
satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh
dengan kejam oleh puak prokomunis yang dibantu oleh buruh ladang dari keturunan
pendatang.
Peristiwa
bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur
menjadi panas apabila kumpulan prokomunis mula menguasai parti politik dan juga
membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis
Indonesia.
Istana
Darul Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan Langkat, musnah hancur akibat fitnah
puak yang melaungkan 'Ketuanan Rakyat' yang semata-mata mahukan kuasa berbelas-belas
istana kesultanan lain di Sumatera Timur.
Pencipta
fitnah mengambil kesempatan ketika rakyat Indonesia begitu bersemangat untuk
mencapai kemerdekaan dari Belanda.
Pihak
pengkhianat mencipta 'isu' untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap raja.
Ketika itu, fahaman komunis juga kuat di Indonesia. Pemimpin prokomunis mengambil
kesempatan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan
dan bangsawan.
Lalu,
pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan
Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan.
Mereka
kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah
palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan
laungan ‘Daulat Tuanku’.
Selain
itu, isu bahawa Raja-raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan dengan
Belanda dimainkan, selain kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.
Pada
3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan
rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang berfahaman komunis menyerbu istana
dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah
dihapuskan oleh rakyat Indonesia.
Pembunuhan
terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang
dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai
pembunuhan sadis yang lain, dilakukan oleh orang ramai yang prokomunis yang
dipimpin Parti Komunis Indonesia.
Penyerbuan
itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan
Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang
Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan
Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang
Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu.
Kesemua
sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang
Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.
Hampir
separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan
sebagai kuli di ladang-ladang.
Di
tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu
dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian
besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku
Amir Hamzah.
Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan
lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera
mahkota yang masih muda hilang entah ke mana. Kekejaman ini dilakukan oleh
seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.
Kesultanan
Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai
hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih
berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.
Kerabat-kerabat
lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan
anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenal pasti sebagai kerabat
raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan
sahaja.
Mereka
kemudian menangkap semua kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari
perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo,
disiksa, dihina dan dibunuh.
No comments:
Post a Comment