Wednesday 8 November 2023

LAMAN WARISAN KAMPUNG LAUT TARIK PELANCONG

 
Laman Warisan Kampung Laut dibangunkan secara mampan dengan mengekalkan warisan sedia ada di Kampung Laut selain bertujuan meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat menerusi produk-produk makanan tradisional keluaran tempatan serta kraf tangan.
 
Pembinaan yang bermula pada tahun 2019 itu siap dan dibuka sepenuhnya pada Julai 2022 melibatkan fasa satu iaitu Laman Warisan Serunding yang menempatkan sembilan usahawan serunding di 11 lot kedai dan Laman Warisan Seni yang menempatkan 12 usahawan seni tradisional seperti wau, batik serta kraf tangan.
 
Penempatan semula Masjid Lama Kampung Laut di sini merupakan salah satu faktor yang strategik untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Kampung Laut dan tempat-tempat lain di Kelantan. 

No comments:

Post a Comment