Friday 20 August 2021

JAMBATAN KAMPUNG PASIR ERA – PASIR KELANG, KUALA KRAI

Projek membina Jambatan Kampung Pasir Era - Pasir Kelang bermula pada 19/8/2021 selama 36 bulan dan dijangka siap pada 18/8/2024.

Projek pembinaan jambatan ini amat penting bagi melengkapkan jajaran jalan dari Kampung Bahagia ke Kampung Pasir Kelang (dalam perancangan RMK-12) dan seterusnya merentangi Sungai Kelantan ke Kampung Pasir Era dan seterusnya memasuki jalan negeri D219 Jalan Bukit Sireh/ Kampung Bedal/ Kuala Nal.

Pembinaan jambatan ini adalah menggunakan kaedah "Box Girder Bridge'' dengan tiga rentang di mana panjang rentang pertama dan ketiga 80 meter dan rentang kedua 143 meter.

Apabila siap nanti, jambatan tersebut bakal memberi kemudahan kepada penduduk di enam buah kampung di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang terletak di seberang tebing sebelah barat Sungai Kelantan di jajahan Kuala Krai.

Enam kampung berkenaan iaitu Kampung Pasir Kelang, Kampung Pasir Kelang Baru, Kampung Buyong Darul Hijrah, Kampung Sungai Taku, Kampung Taku Estet dan Kampung Bahagia.

Buat masa sekarang penduduk dari kampung-kampung berkenaan menggunakan khidmat feri dari Pengkala Feri Pasir Kelang ke seberang sungai selebar 250 meter menuju Pengkalan Feri Kampung Pasir Era.

Feri milik Koperasi Kampung Pasir Kelang Berhad itu mampu membawa sebanyak enam kereta, 20 motosikal dan penumpang pada satu-satu masa.

Jika tiada pengkhidmatan feri, penduduk yang menggunakan kenderaan terpaksa mengambil jalan jauh melalui Kampung Sokor, seterusnya ke Tanah Merah sebelum melalui jajahan Machang sebelum sampai ke bandar Kuala Krai yang memakan masa tiga hingga empat jam.

Catatan - 
Projek pembinaan tidak mencapai tahap seperti ditetapkan. Berlaku kelewatan dan projek masih berjalan. 


No comments:

Post a Comment