
Kerja-kerja pembinaan 15 buah telaga tiub dengan kedalaman 100 meter yang berkapasiti 30 juta liter per hari (JLH) sedang giat dijalankan di Medan Telaga Kampung Tok Jaafar, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.
Projek tersebut menelan kos sebanyak RM80
juta di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Projek tersebut terbahagi kepada dua pakej
iaitu Pakej 1 untuk penyediaan sumber air dan Pakej 2 bagi pembinaan loji rawatan
air (LRA) yang mampu dimanfaatkan oleh 20,000 akaun pengguna di kawasan Kota
Bharu Selatan termasuk di Lembah Sireh, Kampung Tok Jaafar, Kampung Pintu Geng,
Taman Guru, Kampung Bunut Payong, Bandar Baharu Tunjong, Salor dan kawasan
sekitarnya.
Bagi Pakej 1 untuk pembinaan 15 telaga tiub
sedang berjalan di tapak tersebut dan dijangka siap pada Julai 2024. Manakala
Pakej 2 dalam proses reka bentuk perunding bagi pembinaan LRA dengan menggunakan
hasil sumber air Pakej 1.
No comments:
Post a Comment