Nangka dikatakan punca badan mengalami masalah angin di dalam badan. Itu cakap-cakap yang biasa kita dengan. Hakikatnya, ia adalah
tidak benar atau sekadar mitos.
Sebenarnya, punca utama angin di dalam
badan ialah masalah penghadaman, terutama melibatkan jenis makanan tertentu.
Kalau perut anda yang ada masalah
menghadamkan buah nangka, maka mudahlah mendapat angin. Sedangkan, orang lain
yang makan nangka tidak akan menghadapi masalah angin.
Jadi, tidak perlu dinasihatkan atau memberi
amaran kepada orang lain tentang kemungkinan mendapat masalah angin jika makan
nangka. Setiap orang ada masalah kesihatan masing-masing.
Di dalam buah nangka tidak ada angin. Angin
adalah “gas” yang datangnya dari dalam usus orang yang ada masalah penghadaman
makanan.
Pada hakikatnya, makanan itu tak bersalah
dan tiada angin di dalamnya. Masalahnya ialah sistem penghadaman sesetengah
orang yang tidak sempurna.
Bila makanan itu dihadamkan sehingga lumat,
ia akan diserap dari dinding usus ke dalam darah. Jika makanan itu tidak
dihadam, ia akan tinggal di dalam usus untuk dibawa keluar sebagai najis.
Makanan yang tak habis hadam akan juga melalui proses penghadaman yang dibantu
oleh bakteria yang hidup di dalam usus manusia.
Sebagai kesan sampingannya, bakteria itu
mengeluarkan gas. Gas yang banyak boleh menyebabkan anda tidak selesa, perut
kembung, sendawa dan terkentut-kentut.
Ada banyak jenis bakteria yang hidup dalam usus
manusia. Ada bakteria yang membuat lebih
banyak gas, ada bakteria yang membantu menukar gas semula ke bahan lain. Jika
anda tidak ada keseimbangan bakteria di dalam usus, maka anda ada lebih
kecenderungan mendapat gas berbanding orang lain yang makan jenis makanan yang
sama.
Jika anda juga ada usus yang tidak cergas
dan lambat membawa makanan yang tak habis hadam keluar sebagai najis,
terutamanya jika anda membiarkan diri mendapat sembelit, maka ini juga memberi
lebih masa untuk bakteria dalam usus itu bertindak ke atas makanan yang tak
habis hadam itu, dan lebih lagi lah pengeluaran gas, dan banyaklah lagi kentut
anda.
Apa yang boleh merangsangkan dan
mempercepatkan pergerakan usus anda ialah kecergasan diri dan bersenam. Ini
boleh mengurangkan masalah sembelit dan gas di dalam usus.
No comments:
Post a Comment