Varieti kelapa Sungai Gulang-Gulang (SGG) didaftaran dengan
Jabatan Pertanian pada 20 Jun 2022 dengan daftar varieti CN16. Mengeluarkan
buah berkualiti untuk pelbagai pasaran makanan.
Buah dari varieti SGG jauh lebih besar dan mempunyai air
yang banyak berbanding varieti lain yang terdapat Malaysia.
Kelebihan lain termasuk tempurung kelapa ini jauh lebih lembut menyebabkan ia
mudah dikupas menjadikannya antara pilihan utama pengusaha minuman.
Ciri-ciri diminati pengusaha pula ialah penanaman baka SGG boleh membantu
peladang atau pengusaha tanaman terbabit menikmati pengeluaran hasil yang lebih
cepat atau singkat.
SGG cepat mengeluarkan hasil iaitu kira-kira dua tahun lapan
bulan selepas ditanam, buah tandan pertama boleh dituai.
Kelapa SGG sesuai untuk kelapa muda atau air kelapa dan kelapa tua untuk
santan.
Memandangkan varieti cepat berbuah, kedudukan tandannya berada di atas tanah
untuk peringkat awal berbuah. Jadi, tidak perlu panjat atau menggunakan khidmat
beruk. Pokok ini lebih lambat tinggi berbanding kepala renek lain.
Buah yang dihasilkan pokok yang berusia 10 tahun pun masih
dikait menggunakan galah pendek atau boleh dipanjat dengan tangga 10 kaki.
Jom tanam pokok kelapa SGG.
Dapatkan benih kelapa SGG CN16
Di Shopee
- BENIH KELAPA SGG CN16 BAKA TERBAIK
- BENIH KELAPA SGG CN16 VARIETI PILIHAN RAMAI



No comments:
Post a Comment