Tuesday, 9 June 2026

KETUPAT PALAS SEJUK BEKU

 
Ketupat palas sejuk beku (frozen) sangat popular kerana ia menjimatkan masa, tahan lama, dan mudah disediakan tanpa perlu mengorbankan rasa tradisional.

Biarpun disediakan secara sejuk beku, namun tetap  mengekalkan kesegaran, kelembutan pulut, dan rasa lemak santan dengan baik seperti baharu dibuat.

Ketupat sejuk beku mudah disimpan dan boleh dipanaskan sebelum dimakan pada bila-bila masa. Tidak perlu tunggu musim perayaan sahaja.

Penyediaannya pantas dam mudah dilakukan kerana ia telah dimasak sepenuhnya. Anda hanya perlu menyahbeku (defrost) dan mengukus semula selama 20 hingga 30 minit sebelum dihidang.

Atau, jika dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro, hanya mengambil masa selama kira-kira 12 minit dengan kepanasan 190 darjah. Selepas itu siap untuk dihidangkan yang mana rasanya macam baharu dibuat.

Ketupat sejuk beku tahan lama. Boleh bertahan sehingga beberapa bulan (atau sehingga 1 tahun) jika disimpan dengan betul di dalam freezer.

Malah, ia boleh kekal elok biarpun beberapa hari tidak berada dalam peti sejuk ketika dalam proses penghantaran jika membeli secara dalam talian.

Dengan menyimpan stok di rumah, membolehkan anda menikmati juadah tradisi ini pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menunggu musim perayaan atau mengambil masa berjam-jam untuk membalut dan merebus.

Selain itu, ia sangat sesuai dijadikan hidangan segera jika ada tetamu yang datang secara mengejut.  

No comments:

Post a Comment