Tuesday, 9 June 2026

KHASIAT BUAH KURMA MERAH

 
Buah bidara kering (atau juga dipanggil kurma cina dan kurma merah) kaya dengan vitamin C, antioksidan, dan serat. Ia sangat berkhasiat untuk menguatkan sistem imun, melancarkan pencernaan, merawat masalah insomnia, dan menenangkan fikiran.

Kurma merah kaya dengan vitamin C, lebih banyak berbanding limau dan epal.  Ia juga adalah sumber terbaik karotena, vitamin A dan C dan minyak lemak. 

Buah kurma merah boleh dimakan terus atau direbus dengan campuran beberapa bahan lain seperti biji selasih, kembang semangkuk, kundur, biji lotus dan sebagainya untuk dijadikan laici kang. 

Kalau tanpa campuran bahan lain pun sudah memadai buah kurma merah sahaja. Ia amat baik untuk menyejukkan badan.

Kurma merah yang kering boleh digunakan sebagai julap ringan. Ia juga boleh disira dan jeruk.

Amat baik dimakan untuk meningkatkan kualiti tidur. Boleh membantu mengatasi masalah insomnia dan melegakan ketegangan atau stres.

Kandungan vitamin C membantu meningkatkan Imuniti badan dengan membantu melawan jangkitan dan membaiki sel yang rosak akibat radikal bebas.

Ia juga dapat mencantikkan kulit dan membantu melambatkan penuaan kerana kaya dengan antioksidan.

Kandungan serat yang tiggi pula dapa membantu kesihatan pencernaan yang melembutkan najis dan menggalakkan pertumbuhan bakteria usus yang baik.

Kurma merah juga digunakan dalam perubatan tradisional (terutamanya semasa berpantang) untuk menstabilkan hormon dan melancarkan perjalanan darah.

Dapatkan kurma merah berkualiti   

No comments:

Post a Comment