
Aloe vera atau juga dikenali pokok lidah buaya banyak khasiat kepada manusia sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman.
Jika
dilihat pada struktur tumbuhan aloe vera itu sendiri, bahagian luar
daunnya yang keras dan tebal secara semula jadi memerangkap dan
menyimpan air yang kemudiannya berubah kepada bentuk jeli.
Jeli
pada bahagian berkenaan mempunyai pelbagai khasiat untuk manusia yang
mana kebaikannya terutama pada kulit. Keadaan itu dapat dilihat pada
sifat semula jadi jeli yang bertindak membaluti dan melindungi bahagian
daun yang terdedah selepas beberapa jam dikerat.
Bahagian
dalam jeli yang terdedah itu akan terlindung daripada serangan
bakteria. Sifat perlindungan semula jadi itu akan terhasil apabila jeli
itu digunakan untuk memelihara kulit manusia.
Berdasarkan
beberapa kajian, aloe vera adalah tumbuhan paling banyak khasiat yang
digunakan untuk kesihatan dalaman dan luaran sejak lebih 5,000 tahun
dahulu.
Antara
komponen aktif yang terkandung dalam tumbuhan ini adalah air, pelbagai
vitamin (A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12) dan mineral (kalsium,
magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim serta
asid amino.
Komponen
terbaik aloe vera ialah mempunyai sifat membersih dan antiseptik,
bertindak dengan kuat terhadap bakteria, virus dan kulat.
Tumbuhan
ini juga berupaya menghalang jangkitan kerana bersifat antibakteria.
Berfungsi memelihara kulit dan membaiki sel yang rosak dan penghasilan
kolagen dan protein yang mengawal proses penuaan kulit dan kedutan.
Aloe vera bukanlah sejenis "overnight cure" yang akan melakukan
segala-galanya dalam tempoh yang singkat. Pun begitu setiap orang
mempunyai tempoh masa yang berbeza untuk melihat kesannya.
Tempoh
keberkesanan penggunaan aloe vera bergantung kepada
penerimaan badan individu. Sebagai bahan semula jadi, ianya mengambil
masa untuk perawatan tubuh dan bergantung kepada individu itu sendiri
kerana tahap tindakbalas badan manusia adalah saling berbeza.
Dapatkan produk aloe vera
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/3qGOu87HQk?
No comments:
Post a Comment