Tuesday, 9 June 2026

KEBAIKAN MINYAK ZAITUN

 
Buah zaitun atau olive yang merupakan buah yang digunakan untuk pelbagai kegunaan, sejak 6,000 hingga 7,000 tahun dahulu.

Pokok zaitun adalah berasal dari family Oleaceae yang didapati tumbuh di banyak kawasan dari Benua Afrika, Asia sehingga ke China, Pulau Canary dan Mauritius.  

Buah zaitun merupakan sumber makanan yang menyihatkan. Selain membekalkan tenaga ia juga mengandungi antioksidan, mineral, phyto-sterols dan juga vitamin-vitamin tertentu.

Kesan penggunaan minyak zaitun ini dapat dilihat pada tabiat pemakanan Mediterranean yang kurang menghidap penyakit jantung, stroke selain membantu memperbaiki lipid pada sel darah.

Buah zaitun diproses untuk mendapatkan minyaknya. Buah zaitun muda atau putik adalah terbaik diproses untuk mendapat minyaknya.

Oleuropein dan oleocanthal merupakan dua bahan antioksidan yang baik. Ditambah pula dengan kandungan vitamin E dan carotenoid, ia membantu dalam menentang kanser, keradangan, penyakit koronary arteri, kerosakan pada sel saraf, dibetes dan lain-lain lagi.

Vitamin E juga merupakan antioksidan terlarut yang baik, diperlukan untuk mengekalkan fungsi mukosa membrane sel dan kulit dengan melindunginya dari radikal bebas oksigen.

Ini ditambah lagi dengan kandungan mineral seperti kalsium, magnasium dan zink. Malah ia juga mengandungi sejumlah vitamin penting seperti B-komplek iaitu niacin dan choline, serta asid pantothenic.

Minyak zaitun merupakan antara minyak yang baik digunakan untuk masakan kerana kurang mengandungi minyak tepu (saturated fat), sebaliknya mengandungi linoleic (omega-6) dan linolenic acid (omega-3), iaitu lemak-lemak penting dengan nisbah 8:1.

Minyak zaitun merawat kulit kering dan beberapa lagi masalah kulit selain menghilangkan kesan parut. Ia juga mampu merawat jangkitan kulat pada kulit dan kuku.

Keistimewaan minyak zaitun:
- Antiradang
- Awet muda 
- Mengawal tekanan darah
- Mengawal kencing manis
- Menurunkan kadar kolestrol
- Mengandungi antioksidan yang tinggi
- Menghalang pengerasan pembuluh darah
- Mencegah sakit jantung, serangan strok
- Membantu mengatasi masalah penghadaman
- Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus


No comments:

Post a Comment