Asam gelugur (Garcinia Cambogia) digunakan dalam ramuan masakan kebanyakan penduduk Malaysia. Tumbuhan ini banyak terdapat
di Malaysia. Ia dijadikan sebagai sumber
ekonomi dan mempunyai nilai perubatan sejak turun-temurun.
Antara
khasiat buah gelugur ialah:
-
Mengawal kolesterol
Ekstrak
garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugur terhasil
daripada air buahnya. Ia dijadikan sebagai herba alternatif yang amat berkesan
untuk mengawal kolestrol. HCA bertindak mengekang, menghalang dan menghadkan
pengumpulan asid-asid lemak dan kolesterol (lipogenesis) dalam badan.
-
Mengurangkan berat badan
Asam
gelugur membantu mengurangkan berat badan. Ia juga
digunakan sebagai ubat menghilangkan selera makan, mengehadkan penyerapan dan
pembentukan lemak, kolesterol dan pengumpulan lemak (triglycerides).
-
Masalah penghadaman
Digunakan
untuk mengatasi masalah penghadaman. Minum air rendaman asam keping apabila
anda mengalami masalah sembelit atau cirit-birit.
-
Merawat masalah kecacingan
Amalan
meminum air rendaman asam keping membantu untuk merawat masalah kecacingan. Ia
membunuh cacing dewasa dan telur cacing serta semua parasit yang ada dalam
badan.
-
Tumor
Dalam
amalan Perubatan India kuno (Ayurveda) asam keping juga digunakan untuk merawat kanser. Pesakit yang mempunyai kanser diberikan minum air rendaman asam gelugur
setiap hari.
-
Mengecutkan rahim
Amalan
meminum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan
proses mengecutkan rahim.
-
Merawat masalah pencernaan dan sakit perut
Air
rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat
masalah perut seperti masalah sistem pencernaan, sakit perut, kembung, sebu dan
sebagainya.
-
Mengurangkan gejala reumatisme
Reumatisme
adalah penyakit radang sendi yang selalu dikaitkan dengan gout dan artritis.
Apabila diserang reumatisme, sendi-sendi pesakit akan terasa ngilu
dan mencucuk-cucuk, lalu menjalar ke anggota sendi yang lain. Amalan
meminum air rebusan asam keping membantu mengurangkan gejala reumatisme.
-
Mengurangkan tekanan darah tekanan darah tinggi
Selain
itu buah asam keping dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah
tinggi. Sebagai alternatif kepada ubat yang dibekalkan oleh hospital, pesakit
darah tinggi juga boleh mengamalkan air rebusan asam gelugur setiap pagi.
-
Merawat sakit telinga
Perubatan
Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk
menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.
-
Merawat kencing kotor
Asam
gelugur membantu merawat masalah kencing kotor dengan cara membersihkan pundi
kencing daripada bakteria yang menjadi punca masalah tersebut.
-
Menurunkan suhu badan semasa demam
Jika
anda demam, boleh minum air rebusan asam jawa untuk menurunkan suhu badan yang
sedang panas. Tambah sedikit madu atau gula batu kalau tak berselera nak minum
air asam jawa yang masam.
-
Membantu mencantikkan kulit
Khasiat
asam keping yang tak ramai orang tahu. Asam keping adalah bahan awet muda yang
membantu mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu ia juga membantu menghaluskan
kulit dan mencerahkannya.
- Mengurangkan
stres
HCA
yang terkandung dalam asam gelugur ini mampu meningkatkan hormon dan membuat mood menjadi ceria dan kurang stres.
-
Melancarkan menstruasi
Air
asam gelugur mampu melancarkan kadar menstruasi wanita dan mengurangkan sakit
senggugut. Rebus asam gelugur dan airnya perlu diminum bagi pelancaran ketika
haid.
-
Mengimbang kadar metabolisme
Metabolisme
dalam badan kita sering berlaku reaksi kimia yang tidak seimbang. Kandungan HCA
dalam asam gelugur dapat mengimbangkan reaksi kimia tesrsebut dan
membuatkan proses pencernaan lebih efektif dengan peningkatan kadar metabolisme
dalam badan.
-
Meningkatkan sistem imunisasi
Kandungan
vitamin C yang tinggi dalam asam gelugur mampu meningkatkan sistem imunisasi
dalam badan dan mampu meningkatkan tindak balas badan untuk melawan pelbagai
jenis penyakit dengan lebih mudah.

No comments:
Post a Comment