Friday 12 March 2021

KELEBIHAN UBI KELEDEK LEMBAYUNG

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah memperkenalkan ubi keledek varieti baharu yang dipanggil ‘lembayung'. 

Varieti lembayung mempunyai kelebihan dari segi mampu mengeluarkan hasil lebih banyak berbanding varieti lain.

Tempoh matang ubi berkenaan lebih cepat iaitu antara 91 hingga 105 hari, berbanding 120 hari ubi keledek biasa. 

Selain itu ia mempunyai keistimewaan boleh dimakan segar malah turut sesuai diproses menjadi tepung dan pes untuk menghasilkan produk makanan seperti kerepek, roti dan minuman komposit pracampuran.

Kitaran tempoh penanaman lebih singkat membolehkan petani dapat menanamnya sebanyak tiga kali setahun dan secara tidak langsung memberi pendapatan yang tinggi.

Ubi keledek itu mempunyai kandungan antosianin tinggi iaitu pigmen ungu pada kulit serta isi ubi yang juga satu bahan antioksida dan sesuai untuk penjagaan kesihatan.

No comments:

Post a Comment