Kilang memproses Kopi Cap Gantang terletak di Kampung Mengkuang Hujung, Kuala Pegang, Baling, Kedah.
Kilang ini mula beroperasi semenjak 1990. Jadi, tidak hairan ia telah berjaya mengumpul penggemar yang setia.
Pengeluar Kopi Cap Gantang kini menjadi antara pengeluar kopi terkenal yang
mendapat permintaan ramai dari seluruh Malaysia, terutama apabila dipasarkan melalui
internet.
Kopi Cap Gantang mempunyai aroma keharuman tersendiri dan kelazatan yang boleh menyegarkan tekak dan pernafasan serta amat baik untuk kesihatan.
Kopi Cap Gantang dibungkus dalam bungkusan berwarna putih dan hijau dengan pakej yang kandungannya berbeza-beza.
Kopi Campuran dari kilang ini menggunakan
moto produk sebagai "cita rasa hebat, aroma terangkat di mana logo biji
kopi dalam gantang warna hijau yang melimpah keluar.
Kopi ini diberi nama "Cap Gantang" kerana gantang adalah alat sukat yang dahulu digunakan sebagai pengukur kuantiti biji kopi.
No comments:
Post a Comment