Tawas hilangkan masalah air berbau. Tawas adalah kelompok garam terhidrat berupa kristal. Ia bahan semula jadi seperti garam dan mineral lain. Memandangkan bentuknya seperti batu, maka ia lebih dikenali sebagai batu tawas.
Batu tawas telah digunakan sejak zaman dahulu untuk pelbagai tujuan atau kegunaan seperti menghilangkan bau badan, merawat air dan penjagaan diri.
Merawat atau menghilangkan masalah air berbau dan keruh.
- Ambil kira-kira 200 gram tawas dan dimasukkan di dalam telaga.
- Biarkan ia larut.
- Untuk mudah larut, guna tawas dalam bentuk hancur atau serbuk.
- Elok jika dilarutkan dalam baldi dan dicurahkan ke dalam telaga
- Tunggu sehingga tiga hingga empat jam untuk lihat keberkesannnya.
- Jika masih tidak elok, boleh tambah tawas lagi.
- Boleh digunakan untuk telaga, kolam, telaga tiub dan tangki.
- Ia juga digunakan untuk “membersihkan” kolam ternak ikan.
Di pasaran terdapat tawas ketul, hancur dan serbuk.
Dapatkan tawas
Di Shopee
Tawas ketul
Tawas hancur
Tawas serbuk halus
Tawas serbuk kasar


No comments:
Post a Comment