Friday 18 December 2020

CARA TERBAIK JAGA KESIHATAN ELAK KEGEMUKAN

Puasa bersela atau Intermittent Fasting (IF) adalah puasa sela dalam tempoh masa tertentu. Puasa ini juga dikenali puasa air. Jika fahaman umum puasa ialah menegah diri daripada makan dan minum, serta perbuatan lain yang membatalkan puasa, puasa air pula ialah menahan diri daripada makan, tetapi boleh minum air.

IF dilakukan tiada kaitan dengan ibadat khusus. Ia satu bentuk diet yang semakan diamalkan di kalangan mereka yang ingin mengawal berat badan dan menjaga kesihatan. Diet IF semakin terkenal di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Sebenarnya tiada peraturan khusus untuk melakukan IF. Apa yang penting ialah tidak makan dalam tempoh masa tertentu dan mengawal pengambilan makanan ketika berbuka atau makan. Bahkan, ada yang berbuka untuk tempoh tertentu hanya dengan minum air kosong.

Pun begitu ada panduan diberikan supaya lebih berdisiplin semasa melakukan IF.

Ini contoh panduan jenis cara buat IF yang biasa dilakukan pengamalknya:

- 12 jam makan dan12 jam puasa. Berhenti makan pukul 8 malam. Esok pagi pukul 8 pagi baru buka puasa. Paling senang nak buat dan paling singkat.

-16 jam puasa dan 8 jam boleh makan.

-18 jam puasa dan 6 jam makan.

-23 jam puasa dan 1 jam makan atau dipanggil satu hidangan sehari.

Selain contoh di atas, boleh buatlah apa-apa kaedah yang menjurus kepada pengawalan kekerapan makan dalam sehari dan jumlah yang dimakan.

Pokok pangkalnya amalkan disiplin mengelak diri makan terlalu banyak sehingga menyebabkan kegemukan dan mendatangkan penyakit.

Motivasi utama buat IF adalah nak kurangkan berat badan dan yang paling penting menjaga kesihatan terutama kurangkan gula dalam darah.

Buku The Diabetes Code oleh Dr Jason Fung menceritakan berkenaan bagaimana menterbalikkan atau mencegah kencing manis secara semulajadi. Sangat senang, tetapi perlukan keazaman diri, tak payah nak labur beli ubat turunkan darah dan ubat kurus.

Kata Dr. Jason Fung, IF ni kaedah paling berkesan untuk mencegah diabetes. Kerana insulin kita akan rendah bila kita tak makan. Semakin lama tak makan, semakin rendah ia. Namun, berhati-hati agar tidak kandungan gula terlalu rendah pula.  

Jadi tuan-tuan, kena ingat nikmat kesihatan tu jangan diambil mudah..cegah sebelum parah. sanggup ke nak bagi buah pinggang rosak, kaki potong dan mata buta sedangkan kita boleh halang ia berlaku?


No comments:

Post a Comment