Thursday, 25 June 2026

MINYAK KELAPA DARA

 
Minyak kelapa dara (VCO) kaya dengan asid lemak rantaian sederhana (MCFA) dan antioksidan yang mudah ditukarkan kepada tenaga. Ia berupaya mengawal gula dalam darah, meningkatkan kesihatan jantung, menyokong fungsi otak, dan melembapkan kulit serta rambut.

Minyak kelapa dara membantu membakar lemak dan sumber tenaga dengan pantas dan tidak mudah disimpan sebagai lemak di dalam badan.  

Ia membantu meningkatkan paras kolesterol baik (HDL) dan membersihkan saluran darah daripada plak. Keadaan ini membantu kesihatan jantung dan melancarkan saluran darah.

Produk ini juga meningkatkan sensitiviti insulin yang sangat membantu pengurusan kesihatan pesakit diabetes apabila ia mampu mengawal gula darah.

Minyak kelapa darah juga mampu membekalkan tenaga alternatif untuk otak yang berpotensi menyokong memori serta mengurangkan risiko penyakit neurodegeneratif.

Bagi mendapat kebaikan dalaman terbaik, ia sering diamalkan sebanyak satu sudu besar (kira-kira 15ml) pada waktu pagi sebelum sarapan.

Minyak ini juga boleh diguna untuk luaran seperti kulit dan rambut. Sifat pelembap dan antimikrobnya merawat masalah kulit kering, ekzema, kelemumur, dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Dapatkan minyak kelapa dara pelbagai jenama untuk pilihan yang lebih banyak secara dalam talian.

Di Shopee










No comments:

Post a Comment