Halba (atau fenugreek) sangat terkenal dalam perubatan
tradisional kerana ia kaya dengan nutrien yang membantu mengawal gula dalam
darah, menurunkan paras kolesterol, dan merangsang penghasilan susu ibu.
Halba kaya dengan serat, protin, karbohidrat, zat besi,
mangan dan magnesium.
Untuk lelaki, kegunaan halba antara lain mengaktifkan organ
pembiakan. Amalan tabib China menggunakan halba merawat mati pucuk.
Di kalangan wanita, ia digunakan secara tradisional untuk
merangsang pengeluaran susu ibu (milk booster), melegakan senggugut, dan
menyeimbangkan hormon.
Ia juga membantu merawat masalah sembelit, cirit-birit, dan
gastrik. Turut digunakan untuk antiradang membantu melegakan bengkak, sakit
sendi, dan merawat luka luaran.
Halba antara ubatan tertua di dunia dan digunakan oleh
Al-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Untuk memaksimakan penggunaan halba bagi tujuan perubatan,
ia boleh dijadikan sebagai teh, yakni halba dipanaskan di dalam air dan
diminum. Minum air rebusan halba dan biji halba yang telah lembut itu.
Memang amat baik diamalkan pengambilan halba setiap hari.

No comments:
Post a Comment