Thursday, 25 June 2026

PEGAGA BANYAK KHASIAT

 
Pegaga (Centella asiatica) sangat terkenal sebagai ulam dan herba tradisional yang kaya dengan antioksidan serta sebatian aktif seperti asiaticoside dan madecassoside. Ia popular di kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa untuk kesihatan dan kosmetik. Ia dimanfaatkan untuk kesihatan dalaman dan luaran.

Antara kebaikan khasiat pegaga ialah meningkatkan fungsi otak. Ia mampu meningkatkan dan menyokong sistem saraf, menguatkan daya ingatan, dan membantu melindungi otak daripada masalah nyanyuk.

Produk pegaga jug membantu menenangkan fikiran, mengurangkan keresahan, serta mengatasi masalah sukar tidur.

Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di Barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.

Ia juga mampu mempercepatkan pemulihan luka dengan merangsang penghasilan kolagen dalam badan.

Pengambilan secara berterusan mampu membantu penjagaan kecantikan kuli dan membantu melambatkan proses penuaan, mengekalkan keanjalan kulit, dan mengurangkan selulit.

Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.

Ia juga melancarkan peredaran darah dan membantu merawat masalah urat bersimpul (vena varikos) dan mengurangkan bengkak pada buku lali.

Selain dimakan mentah, daun pegaga juga sering dikisar menjadi jus minuman atau dijadikan ulaman dalam hidangan harian. Sekarang sudah banyak pengusaha memasarkan dalam bentuk kapsul. 

Dapatkan pegaga dalam bentuk kapsul yang mudah diambil untuk mendapat menfaatnya. Terdapat pelbagai jenama untuk pilihan yang lebih banyak secara dalam talian  

Di Shopee









No comments:

Post a Comment