Wednesday, 24 June 2026

PEMARUT TRADISIONAL

Parut tradisional digunakan untuk memarut bahan masakan seperti isi kelapa, ubi kayu dan keledek kepada tekstur yang halus. Ia merupakan alat dapur penting untuk penyediaan hidangan tradisional seperti kuih-muih, kerabu, dan pemerahan santan.

Pemarut ini datang dalam pelbagai saiz dan berfungsi secara manual untuk mendapatkan hasil parutan asli yang lebih gebu berbanding mesin pengisar moden.

Pemarut diperbuat daripada besi atau stainless steel. Bahagian depan ada 'mata' tajam timbul pada bahagian papan. 

Bahan yang ingin diparut akan digerakkan turun naik atau melalui papan mata itu berulang kali untuk menghasilkan potongan halus. Kehalusan mata menghasilkan parutan yang halus. Ada juga mata pemarut yang lebih timbul untuk hasil yang lebih kasar. 

Pemarut biasanya digunakan untuk memarut dalam kuantiti yang sedikit. Pemarut yang kecil mudah untuk diletak di dalam pinggan atau besin kecil yang digunakan menadah hasil parutan itu. 

Pemarut kecil juga mudah dibasuh dan disimpan. Biasanya di 'kepala' pemarut ada lubang khas untuk memudahkan disangkut pada paku untuk disimpan.  

Dapatkan pemarut tradisional mudah digunakan secara dalam talian  

Di Shopee




No comments:

Post a Comment