Kapsul buah kulim disediakan bagi memudahkan pengguna
memanfaatkan buah kulim. Banyak orang sukar untuk minum air buah kulim kerana
rasanya dan baunya lebih kuat berbanding bawang putih.
Buah kulim (dikenali sebagai 'bawang hutan') kaya dengan
sebatian sulfur, antioksidan, dan flavonoid. Dalam perubatan tradisional, ia
popular diamalkan untuk menyokong kesihatan buah pinggang, melawaskan kencing,
mengurangkan kolesterol, dan merawat masalah pencernaan.
Buah kulim bersifat diuretik yang membantu melawaskan
kencing dan mengurangkan beban pada buah pinggang. Buah pinggang menjadi lebih
sihat dan terhindar kegagalan fungsi buah pinggang.
Kandungan vitamin C, flavonoid, dan saponin membantu melawan
tekanan oksidatif dan melindungi kerosakan sel.
Ia juga bersifat antibakteria semula jadi yang dapat membantu
membasmi jangkitan bakteria dan mengelakkan pembiakan mikrob dalam badan.
Pada masa sama, penggunaan isi buah kulim dapat menurunkan kadar
kolesterol dalam badan. Ia dipercayai membantu mengawal dan mengurangkan tahap
kolesterol tidak baik.
Dapatkan kapsul buah kulim dari pembekal yang berbeza secara
dalam talian
Di Shopee

No comments:
Post a Comment