Kopi Cap Gantang merupakan satu produk kopi bumiputera
tempatan yang dikeluarkan oleh Syarikat Gantang Coggee Enterprise Sdn Bhd
yang popular di utara Semenanjung Malaysia.
Kilang memproses Kopi Cap Gantang terletak di Kampung
Mengkuang Hujung, Kuala Pegang, Baling, Kedah.
Kilang ini mula beroperasi semenjak 1990. Jadi, tidak hairan ia telah berjaya
mengumpul penggemar yang setia.
Pengeluar Kopi Cap Gantang kini menjadi antara pengeluar kopi terkenal yang
mendapat permintaan ramai dari seluruh Malaysia, terutama apabila dipasarkan
melalui internet.
Kopi Cap Gantang mempunyai aroma keharuman tersendiri dan kelazatan yang boleh
menyegarkan tekak dan pernafasan serta amat baik untuk kesihatan.
Kopi Cap Gantang dibungkus dalam bungkusan berwarna putih dan hijau dengan
pakej yang kandungannya berbeza-beza.
Kopi Campuran dari kilang ini menggunakan moto produk sebagai "cita rasa
hebat, aroma terangkat di mana logo biji kopi dalam gantang warna hijau yang
melimpah keluar.
Kopi ini diberi nama "Cap Gantang" kerana gantang adalah alat sukat
yang dahulu digunakan sebagai pengukur kuantiti biji kopi.
Dapatkan Kopi Cap Gantang yang terkenal secara dalam talian
Di Shopee

No comments:
Post a Comment